|
Asal: Malaysia · Bahasa: Melayu
Pengarah & penulis: Fauzi Nawawi
Genre: Fantasi · Rilis: 23 Februari 2017
Pelakon: Hairul Azreen, Bard, Siti Saleha,
Marsha Milan, Fauzi Nawawi, Kaza, Eizlan Yusuf,
Syawal (AF), Rahim (R2), Izreen Azminda,
Zulkifli Ismail
Studio: 9 Country Creativity |
Oh, tajuk entriku kali ini.
Dalam minggu sebelum minggu terakhir Februari ni, dah dua filem aku pra-tonton (ehsan
Movie Addict) dan kedua-duanya merupakan debut sutradaranya. Filem pertama ialah
Adiwiraku iaitu arahan dan tulisan bersama Eric Ong yang ditayangkan pada 9 Mac dan filem yang aku nak ulas sekarang ni,
Pak Pong pulak arahan, tulisan, serta lakonan Fauzi Nawawi yang keluar pada 23 Februari. Walaupun aku tengok
Adiwiraku dulu pada 20 Februari dan ada
sedikit reviu pada dasarnya,
Pak Pong yang keluar dulu. Maka ulasan penuh nilah yang korang akan baca dulu. Sumpah aku tak tergerak hati nak tengok pun filem ni; yang ada cuma rasa nak tergelak ja tengok poster dan trelernya. Mujurlah tiket dapat percuma! Yah-hoi!
Macam mana aku nak mula, ek? Baiklah. Katanya filem ni 6 tahun dalam pembikinan (penulisan skrip dalam setahun, pembikinan termasuk pra-produksi, produksi dan pasca-produksi dalam 5 tahun). Sebelum ni, depa ada rilis footage yang telah memberikan penonton feel yang ada dalam filem ni. Para pembikin seperti nak kata depa nak jadikan Avatar arahan James Cameron sebagai inspirasi dunia fantasinya, manakala Lord of the Rings pulak sebagai konsep bagi babak perlawanannya dan rangka bagi sekuel-sekuel yang nak dirancang (KAH!). Satu tu pun takde feel yang dipetik tu. Sebenarnya nampak mengarah kepada Game of Thrones dalam pengaruh dadah (maksud aku dari segi kecelaruannya yang terlalu mudah tapi bapak trigger-happy pengarahnya bila dok shooting filem ni). 6 tahun, ya? Hm. Oh ya, reviu ni TAKDE SPOILER. Kalau dah bosan sangat, meh baca apa aku fikir pasal Pak Pong ni.