Asal: Malaysia Bahasa: Melayu Penerbit: Amir Muhamad Rilis: 2012 Pengedar: Buku Fixi |
Hebat. Ini macam perluasan bisnes yang sangat semulajadi, memandangkan Amir Muhamad, bos besar Buku Fixi tu sendiri pernah membikin filem. Aku mula-mula macam berminat nak dapatkan antologi cerpen Kopi ni, tapi minat aku tu datang bila baru aku tau yang versi cetaknya edisi terhad, dan masa tu dah nak habis pun cetakannya. Cis! Tapi, tak ada pula depe umumkan lagi yang versi filpen Kopi ni edisi terhad. Takut habis stok, aku pun cekuplah DVD ni daripada FiTA Fiesta tempoh hari sebelum benda ni jadi khazanah susah nak cari.
Inilah dia; ulasan aku pasal koleksi filpen yang merupakan adaptasi antologi cerpen Kopi yang dengar cerita sama ketagihnya bila dihadam dengan kopi o kaw (secara jujurnya, aku suka manis sikit kopi aku sebab aku bukan peminum kopi yang tegar; janganlah kata aku pussy pula) yang juga diterbitkan oleh Buku Fixi. Koleksi ni menampilkan 8 filpen pelbagai perisa dan komposisi (macam air kopi juga) yang telah mengadaptasi 8 daripada 19 cerpen dalam antologi Kopi. Disebabkan ini koleksi filpen, dan namanya pun filem PENDEK, aku hanya akan bagi tau apa yang aku rasa dan apa yang aku nampak secara peribadi bagi setiap filpen yang termuat, dan bukan jalan ceritanya. OK? Let's go!
Kopi 3 Rasa
Pengarah: Nazri M. Annuar
Penulis asal: Shaz Johar
Cerita ni memang gila. GILA! Plot twist yang betul-betul aku tak jangka, dan sangat mind-fucking! Di awal cerita, nampak macam sebuah rumah yang bahagia dan bertamadun, tapi bagi Ika, pekerja domestik merangkap pembancuh kopi keluarga tu, jauh sekali dari kebahagiaan yang dia rasa. Kamera apa semua, macam biasa je, tapi hebatlah juga macam mana watak-watak ni pandai selindung motif masing-masing. Atau pun, aku sebenarnya di-psycho-kan oleh muzik/bunyi latar belakang yang sangat minimal (pakai shaker je!). Mungkin? Argh! Entah apa aku merepek ni! Masih mind-fucked agaknya.
Kopi Percik
Pengarah: Azizulhakim Salleh
Penulis asal: Amal Hamsan
Aku hampir tak faham awal-awal cerita ni pasal apa, tapi rupa-rupanya cerita ni macam pernah aku dengar sebelum ni. Dan semuanya bermula dengan kopi. Tapi, ayat "Aku jalan dulu" tu, secara jujurnya aku rasa ayat yang normal, tapi semakin rancak filpen ni berjalan, cam haram meremang bulu roma aku dengan interpretasi penulis cerpen / pengarah filpen ni terhadap ayat tu. Lagi satu yang style; macam mana pengarah buat watak utama rasa invisible dengan letak pattern strip yang sama dengan dinding belakang dia.
Cinta Kopi
Pengarah: Sheryl Chong
Penulis asal: Gina Yap Lai Yoong
Rupa-rupanya cerita ni penulis asalnya penulis Ngeri yang aku ada ulas dulu! Laaa! Tapi kan, cerita ni aku nampak kekekokannya sangat kurang berbanding Ngeri. Mungkin sebab pemilihan bahasa Inggeris? Most likely. Ceritanya pulak... macam Ngeri jugak, tapi lebih straightforward. Eh. Kenapa aku banyak buat perbandingan dengan Ngeri pulak ni? Bukan ke Ngeri tu lebih kepada thriller yang ada elemen slasher dan filpen ni lebih ke arah... drama? Tak kena mengena, ye dok? Maaf tuan pengarah, sebenarnya... aku tak tau nak habaq apa pasal interpretasi hang bagi cerpen ni dalam bentuk filpen, melainkan filpen ni nampak cantik. Dan pelakon watak utamanya, muka memang jenis menaruh harapan.
Kopi, Donut & Bayang Gadis Berambut Hijau
Pengarah: Bebbra Mailin
Penulis asal: Adib Zaini
Cerita heartbreak, dan mempunyai linearity yang tipikal bagi satu-satu filem romantik. Aku tak boleh nak cakap apa sangatlah, melainkan... aku teringat Ramona Flowers.
Kopi Jantan Kaw
Pengarah & penulis asal: Nik Adam Ahmad
Ini lagi bagus; sendiri tulis, sendiri arahkan. Seperti yang aku cakap, aku mana ada antologi cerpen Kopi, jadi aku tak taulah kalau-kalau ceritanya sebiji-sebiji dia bubuh dalam filpen ni. Teknik pembikinan filpen ni pula aku tengok... hmm... orang kata seni itu bebas, kan? Jadi, ini interpretasi aku pasal seni dia dalam filpen ni; macam pemalas, tapi sangat simple, tak ada orang pun yang terfikir nak buat macam dia buat. Dah macam slideshow gambar aku tengok, sebab... memang slideshow pun. Lepas tu, ada narator kat belakang bagitau pergerakan cerita. Senang, kan? Tang cerita pulak... manusia memang bangang bila dah dapat duit banyak. Nak tau selanjutnya? Tengok sendirilah!
Kopi Julia
Pengarah: Tan Bee Thiam
Penulis asal: Faizal Sulaiman
Nampak gayanya, tuan pengarah dah buat keputusan untuk bawak balik silent film ke zaman sekarang! Sebiji! Tapi kan, filpen ni agak erotik. Maksud aku, tengoklah mak watak utama filpen ni; MILF kot! Dan... adalah jugak aksi-aksi lain yang agak suggestive; baik ke arah syahwat, mahupun... benda lain yang korang takkan jangka. Kalau ikut carta filpen Kopi yang paling senggama minda, Kopi Julia yang pertama, barulah Kopi 3 Rasa.
Dear Ridhwan
Pengarah: Aidil Rusli
Penulis asal: Ridhwan Saidi
Nasib baik bukan Ridhwan Saidi sendiri yang mengarah. Agak-agaknya nanti pekat gila bahasa filem dan puitisnya sampai aku tak faham apa dia nak sampaikan. Tapi, otak berfalsafah tinggi Ridhwan Saidi masih ditinggalkan dalam bentuk visual atas ihsan imaginasi tuan pengarah. Lagi satu, aku paling tak boleh blah kenapa boleh ada footage Bersih 2.0 dalam filpen ni. Apa yang dia cuba nak sampaikan? Dan jugak... aku tak boleh blah Ayam Fared jadi watak utama. Mesti nak menganjing orang ni. Kahkah.
Kopi & Dia
Pengarah: Fikri Jermadi
Penulis asal: Syaihan Syafiq
Kawan-kawan yang kita suka berkolaborasi! Fikri Jermadi, pensyarah diploma aku dulu dan Ahmad Bukhari Abdul Harith (a.k.a. ABAH, salah seekor monyet 9Belas Zine, junior satu semester aku dan jugak classmate diploma aku)! Sebenarnya, aku memang tak suka benda-benda pasal homoseksual ni, tapi disebabkan oleh pelakon utama wanitanya yang agak comel (Indonesia-mali mah!), aku sanggup layan (nampak tak sayunya jiwa aku?). Ceritanya, pasal cinta tiga segi. Dan mana datangnya elemen homo ni? Tengok sendiri! Tang lakonan... menurut si pelakon utama, dia sebenarnya kekok dekat beberapa babak dalam filpen ni, lagi-lagi yang penting. Tapi, sebab dia faham situasi, Mr. Fikri ringankan sikit beban dia dengan menggunakan cara lain supaya Bukhari lebih selesa berlakon. Tapi kan, nampak jugaklah kenapa Bukhari tak berapa selesa berlakon dalam filpen ni, sebab kandungan filpen ni kot... ntah, aku rasa aku ni homofobik agaknya. Walaupun tak overt elemen homo tu, tapi terlalu menunjukkan sangat keburukan jadi homo dalam filpen ni berbanding Brokeback Mountain (jauh gila perbandingan... ini feature kot! -.-) yang sekurang-kurangnya agak berjaya dalam menjustifikasikan hubungan dua watak utamanya (aku tak tengok lagi, tapi aku dah baca review... HAA!).
Sebenarnya, rasa tak sempurna kalau korang tak tengok semua filpen yang termuat dalam kompilasi ni. Biarpun dibuat secara individual, dan hanya ada kopi sebagai persamaan, sumpah korang akan rasa perasaan tu perlu disambung dengan menonton filpen seterusnya, barulah rasa puas. Samalah macam minum kopi; kalau nak rasa kesannya, kenalah habiskan semua sekali. Tapi nak buat macam mana kan? Macam kopi jugak, lain orang lain selera. Bukan semua orang sukakan kopi yang sama. Kesimpulannya, belilah/pinjamlah DVD ni. Filpen-filpen ni aku jamin takkan keluar dekat TV masa Hari Raya. Tolonglah percaya. Sekian.
2 comments:
Hello,
Don't know how but I stumbled onto your blog. Just wanted to tell you that your review is much appreciated - always good to have someone look at your work and spend time reviewing it, no matter their opinion. =)
- Sheryl Chong
oh, cool! no biggie. i'm just telling people what's on my mind is all. and thanks for reading! it's an honour to have one of the directors of KOPI here commenting on my blog!
Post a Comment