Showing posts with label Theatre reviews. Show all posts
Showing posts with label Theatre reviews. Show all posts

20140513

Reviu imbas kembali #6: Teater 'Sirah Junjungan'

Wah! Lama tak hapdet blog ni wei, walaupun entri terakhir aku tahun ni jugak! Apa-apalaaaah.

Nah, lagi satu ulasan lama, sempena Ramadhan 1435H yang akan menjelang tak lama lagi (eceh!). Ini juga macam flashback review Buddha Collapsed Out of Shame; ayat-ayat dalam ni gila skema sebab aku tulis ulasan ni untuk kelas sebagai tugasan subjek semester 2 diploma aku One Act Drama / Drama Sebabak. Terimalah.

P/S: Maaflah. Tak ada gambar hari kejadian. Aku ni jenis bangang sikit taknak buat dokumentasi. Heh.

Aku tak jumpa poster untuk versi TEKA / FiTA, jadi aku sauk je gambar promosi versi original teater ni kat Google.
Teater Sirah Junjungan merupakan teater yang julung kali diadakan anjuran Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (F.A.C.T) dan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Kolej Puncak Perdana yang telah diadakan selama seminggu di UiTM Puncak Alam sempena sambutan Maulidur Rasul 1432H. Teater ini telah diarahkan oleh Umi Kalsom Ahmad dan merupakan sebuah adaptasi daripada salah sebuah karya Erma Fatima. Secara amnya, kisah teater ini telah digarap berdasarkan perjalanan hidup nabi junjungan umat Islam, Nabi Muhammad S.A.W.; dari awal kelahirannya semasa Tahun Gajah sehinggalah ke nafas terakhir baginda. Sejujurnya, inilah teater pertama yang pernah saya tonton sepanjang hidup saya. Secara keseluruhannya, untuk teater pertama yang pernah saya tonton, saya amat berpuas hati kerana kesannya yang amat mendalam sekali dan membuatkan hubungan kita dengan Rasulullah S.A.W kian dekat di hati walaupun jauh di mata.

20111112

Sebuah reviu teater: 'Teater Juta-Juta ke Putrajaya'... memang FANTASTIK!

Gua promoter tak berbayar. So?
Salam (aku taknak tambah '1Malaysia' sebab aku tak sokong).

Aku rasa malam sebelum 11/11/11 lagi gempak dan bermakna daripada malam yang aku sebut tu sendiri. Kenapa? Sebab senior  aku dan rakan-rakannya macam tau-tau je aku terlepas nak tonton edisi asal Teater Juta-Juta ni yang kebetulan berlangsung dalam lingkungan masa yang sama tugasan aku dok bertenggek masa minggu-minggu terakhir semester akhir diploma. Aku dah macam, "Damn! Nak tengok! Dahlah showcase budak bilik sendiri pun aku tak dapat nak pergi. Ini pun aku nak miss jugak ke? Argh!" Alih-alih, tiba-tiba depe bawak pulak teater tu ke Putrajaya, rumah sementara aku. Sekarang, aku dah tau apa impian jangka pendek aku: AKU MESTI TENGOK TEATER NI! Nak nak memang aku tau bas mana lalu venue teater ni! Dan yang best jugak... aku pergi masa malam pembukaan!

Mak aih. Panjang benau mukadimahnya! OK, aku kena pergi terus ni. Jadi, itulah ceritanya pasal keinginan aku nak ke sana. Sekarang nak bercerita pulak pasal Teater Juta-Juta yang sangat sinikal ni. Edisi asalnya pernah dipentaskan di Stor DBP September lepas. Tapi, sebab sambutan menggalakkan, kali ni depe bawak pulak teater ni ke Putrajaya. Menurut kata depe, ini merupakan teater yang PERTAMA pernah dibuat di sana. Daaaaayum... gila loser rupanya tempat duduk aku ni.

Aku rasa korang dah grad tadika, jadi... bolehlah baca sendiri segala info yang terpampang dekat poster promosi Teater Juta-Juta ke Putrajaya ni; kat situ ada nama pelakon (boleh teka kot siapa yang mana satu), nama pengarah, tempat pementasan, hari pementasan, waktu pementasan... semua dah ada.

20110221

Sebuah reviu teater: 'Mahkamah Lorong'

[CLICK HERE for the English version!]
 
Poster Mahkamah Lorong versi Law Fiesta 2011
UiTM  Merbok, Kedah.

Bahagian 1: Kakyung aku bertunang!

Ini berita yang agak gempaklah jugak! Sepupu aku yang paling tua dah pun selamat bertunang dua hari lepas. Gilalah hebat dia ni. Kalau orang lain selalunya dok kelam kabut nak selesaikan segala bagai persediaan nak bertunang, dia ni pulak boleh chill je. Tak silap aku dia baru tau dia nak bertunang minggu ni (sebab sebelum ni plan asal dia memang lain gila), minggu ni jugak semua benda dia dah settle. Alih-alih, bertunanglah dengan selamatnya diorang berdua. Tabik respek sama lu dua orang. Moga selamatlah korang sampailah ke jinjang pelamin, AMIN. Aku approve ni!

Bahagian 2: Reviu Mahkamah Lorong

Lepas tu... dalam Sabtu yang sama, malam pulak sampai. Aku ingat lagi masa nak solat Zohor, aku dengan sepupu-sepapat aku nak pergi surau naik pickup truck sorang pak cik ni. Memang cool gua cakap naik pickup truck, walaupun bontot dah macam kena BBQ sebab panas gila masa tu. Eh, jap... ini bukan pasal impian masa kecik aku tu dah tercapai yang aku nak cakap sebenarnya, tapi pasal pak cik tu punya identiti sebenar. Rupa-rupanya dia tu pengurus pentas untuk satu teater satira yang sangat mendalam mesej dia. Aku pun langsung tak sangka yang malam tu betul-betul kitorang nak tengok teater tu, sebab aku ada dengar sepupu aku cakap pasal teater tu macam tu-macam tu je, tapi alih-alih kitorang tengok betul-betul! Nama teater tu... Mahkamah Lorong arahan seseorang yang gunakan pseudonim Dr. Shark (yang rupa-rupanya antara kawan pak ngah aku) melalui kumpulan penggiat teaternya Tronoh Theater Shop / TTS, Universiti Teknologi PETRONAS / UTP.

Baru aku tau diorang dah buat persembahan ni untuk UiTM Kedah dulu sebelum ni. Tapi, dekat UTP sendiri, diorang buat dalam tiga hari; yang kitorang tengok semalam tu malam tayangan perdanalah kiranya. Tapi, sebelum Mahkamah Lorong betul-betul nak mula, ada dua persembahan pembukaan yang kitorang kena tengok. Dua-dua ni agak menarik jugak untuk ditonton.