20120220

Sebuah reviu buku: Sebuah ulasan yang sangat... NGERI.

Asal: Malaysia
Bahasa: Melayu
Karya: Gina Yap Lai Yoong
Kategori: Fiksyen
Format: Novel
Rilis: 2011
Penerbit: Buku Fixi

Ya. Aku telah buat pun yang sangat tak fun untuk tajuk entri kali ni. Pedulikan. Sebab memang aku nak ulas pun novel terbitan Buku Fixi yang aku dah lama beli ni (yakni masa event BOCO tahun lepas yang aku dah pergi tapi malas gila nak cover) tapi baru nak baca petang tadi. Bagi aku, novel Ngeri ni... sangat senang. Senang macam mana tu? Teruskan membaca ulasan novel pertama dari aku yang tak berapa hebat ni; sebab aku nak buat segenerik yang boleh.

Pertama sekali, betapa senangnya aku nak baca novel ni. Ayatnya straightforward, tak berapa nak meleret dan agak normal walaupun cara perbualan watak agak kekok. Sebenarnya, ringan je novel ni. Pelik aku baca tak pening walaupun cara pembunuhan dia memang work of complex art; macam penulis ni pula yang psikotik. Perkembangan plot pun natural juga; pandai si penulis gunakan pelbagai setting dalam novel ni untuk menerangkan subplot yang penting kalau nak faham novel ni sepenuhnya. Lepas tu, tak adalah terus ayat penerangan / dialog memanjang macam yang aku selalu nampak dalam novel yang konvensional; kalau karakter tengah berbalas emel, masa tu memang korang rasa macam tengah baca emel. Kalau tengah borak dekat telefon, memang macam tengah borak kat telefon. Senang nak ikut bila area percakapan tu diberikan ruangnya tersendiri macam tu.

Kedua, pasal tajuknya sendiri. Ngeri; senang nak confirm yang novel ni menakutkan. Tak payah nak tajuk fancy-fancy. Bagus juga polisi 'tajuk satu perkataan' Buku Fixi ni atas buku-buku terbitan depe; depe tak nak menyusahkan kepala otak para pembaca.

Seterusnya, foto muka depan dan deskripsi ringkas novel ni di bahagian belakang. Foto tu menunjukkan satu tangan yang memegang pisau dan berlumuran darah; unsur tipikal yang begitu senang dikaitkan dengan perkataan ngeri. Deskripsi belakang pula, senang-senang bagi tau siapa yang terlibat dan apa yang terjadi. Joanne, Samuel, dan Rehan; tiga orang pelajar filem yang nak menghasilkan filem-filem bertaraf Hollywood yang berunsurkan pembunuhan sadis. Senang-senang je korang kena tipu. Sebab apa? GENERIC SPOILER ALERT: Mana ada pembunuhan mudah dan tipikal macam yang diilustrasikan dekat muka depan novel ni! Babak-babak pembunuhannya sebaliknya akan buat korang rasa seram sejuk, rasa macam patung daging, rasa terkurung, dan rasa macam barang-barang berharga korang disorokkan. Lagi satu; mana ada tiga-tiga orang sekali yang nak buat filem psikotik! Sorang je! Itu pun korang takkan tau siapa walaupun nama tiga watak utama dah pun disebut! Depe ni pun masih bergelar pelajar filem, bukannya dah hebat! Tak faham rumusan aku? Nak tau apa jadi betul-betul? Baca sendirilah!

Sekian laporan tentang novel Ngeri aku yang sangat senang dan malas nak gunakan ayat-ayat teknikal, sebab novel ni pun tak banyak ada ayat-ayat teknikal biarpun wataknya belajar di sekolah filem.

2 comments:

Akemi Siegel said...

lepas ni kau hantar karya dekat FIXI ;)

Iki Ali said...

idea dah ada ni... tapi still kena research kaw2 dulu. ahaha.