Ya, aku tau filem ni dah lama atau dah habis tayang dah pun kat pawagam. Dan, ya, inilah adaptasi novel dari Buku Fixi yang pertama sekali dibawa ke layar perak. Dan, ya, aku tak sempat nak baca novelnya sebelum filem ni dikeluarkan. Aku ingat nak baca dulu sebelum ulas, tapi malas sebab akan makan banyak masa aku; ini sebenarnya lebih kurang macam aku ulas Kopi jugaklah ni, cuma bezanya aku tak berpeluang nak dapatkan versi koleksi cerpennya yang terhad tu dan aku suka interpretasi para pengarah terhadap koleksi cerpen tu. Tapi untuk filem ni... tak sangat.
Tapi, tak bermakna aku tak layak dan terlambat nak luahkan pendapat aku tentang versi filem Pecah
ni sekarang di bulan Ramadhan yang mulia ni, kan? Terimalah
satu-satunya ulasan aku yang berkemungkinan tak akan menyenangkan
mana-mana pihak sangat, kecuali yang bersetuju dengan aku. Lepas ni ada
lagi filem-filem yang aku dah tonton, nak ulas, tapi malas nak buat
terus. Korang bacalah yang ni dulu... kalau boleh terimalah pendapat
aku. Aku cuba untuk luahkan apa je yang aku tak puas hati.
AMARAN: BANYAK SPOILER ATAS DASAR TAKNAK KASI KORANG TENGOK PUN FILEM NI!

Sinopsis (versi novel):
Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.
Nampak gayanya, berdasarkan sinopsis kat atas, beberapa perubahan dah berlaku dalam versi filem Pecah
ni (ada watak yang tak ada, ada yang nama wataknya berubah, dan ada
watak yang ditambah dan tukar nama; setting bank juga diubah mungkin
atas dasar hak cipta) yang aku rasa dibuat
untuk efek dramatik yang lebih berkesan dan tak berat di mata dan
minda penonton yang teringin nak tengok filem berKONSEP kompleks ni dengan lebih mudah... dan aku rasa itu dah jadi kesalahan paling ketara dalam filem ni.
Aku
mengaku aku bukanlah penonton filem tegar dan tak banyak rujukan
filem yang aku boleh buat sebagai perbandingan. Tapi sekarang, aku nak
bandingkan filem ni dengan adaptasi komik Batman arahan Christopher
Nolan yakni trilogi The Dark Knight, memandangkan akar bagi
kedua-duanya adalah karya popular yang asalnya merupakan sebuah buku,
kedua-duanya berkisarkan tentang dunia jenayah dan juga sebab itu
yang pertama sekali terlintas kat fikiran aku.
Korang
tahukan yang mitologi dunia Batman ni sangat depressing dan gelap? Mana taknya, antara versi jalan cerita yang paling diterima
sebagai cerita asal-usul kenapa Bruce Wayne jadi Batman ialah di
mana mak bapaknya dibunuh di depan matanya sendiri dan pada asalnya
nak jadi vigilante sebab nak cari siapa yang bunuh mereka. Tapi, lama-kelamaan, dah jadi rasa tanggungjawab dia pulak untuk membasmi Bandar
Gotham daripada korupsi dan jenayah secara total; dan ini telah
mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa orang pihak yang sentiasa
berada di pihak dia dan berlawanan dengan dia, yang mana akhirnya
jugak beri kesan positif/negatif terhadap psikologi, moraliti,
prinsip, dan fizikal Bruce Wayne/Batman; dan itu yang masih
dikekalkan walaupun target audiensnya adalah juga untuk budak-budak
(rating-nya pun lebih kurang je macam filem Pecah ni; P13 jugak).
Apa yang aku nampak pulak dalam Pecah ni ialah konsep menarik yang telah dirogol teruk seteruk babak permulaan filem ni. Heist ni satu operasi jenayah yang aku rasa sangat cool kalau pandai digayakan kat layar perak. Tapi atas dasar mahu konsep ni diterima lebih ramai audiens, habis pembikin rogol teruk konsep heist yang aku bayangkan. Aku tak faham kenapa elemen komedi ditekankan terlampau banyak sampai babak yang kononnya patut nampak cool jadi lawak. Konon nampak bergaya kot bagi watak geng rompakan ni konon-konon mampu jalankan operasi depa ni walaupun perangai masing-masing konon-kononnya upbeat dan selamba? Aku rasa inilah kesnya kot. Dibuat-buat sangat 'selamba' tu, sampai rompakan dia aku rasa pendek sangat, langsung tak nampak cool, dan tak dapat nak diselami; nampak tergesa-gesa dan kekok ya amat adalah. Lepas tu, si Alan (Soffi Jikan) kena tembak kat kaki bila depa selesai merompak. Oh, ironinya... sebab aku nampak pembikin filem ni macam tembak kaki sendiri je bila buat babak penting macam tu dan yang lain-lain lagi tangkap muat je. Padan muka kau. Dari sudut pengarahan, adoi... muzik tak kena dengan babaknya, bunyi kartun pun boleh ada pulak (dapat dilihat dalam babak imbas kembali si Herman bantai skandal bini dia), babak kadang-kadang pendek sangat sampai boleh terpotong mood, warna dan kualiti visual langsung tak masuk dengan tema heist dan dendam (terlalu drama TV Malaysia untuk aku), dan sebagainya.
Sebenarnya, aku paling tak puas hati dalam pemilihan pelakon dan lakonan dalam filem ni. Bab ni terlalu bermasalah, sampaikan aku sanggup sediakan lagi satu perenggan khusus untuk cakap pasal aspek ni. Dalam filem ni, hanya dua orang je yang cuba untuk berikan persembahan yang menarik dan meyakinkan dalam skrip yang aku rasa terlalu kelakar untuk filem yang berpremis serius ni. Tahniah kepada Tony Eusoff sebagai Herman dan Soffi Jikan sebagai Alan sebab korang gila macho dalam menyampaikan watak korang. Kira macam korang tak perlulah ada geng tak boleh harap sangat macam si Radi (Along Ezandy) dengan Don (Buzen Hashim) tu, sampai cukup korang dua je cerita ni dah boleh bergerak sempurna. Alan dan Herman je aku rasa ada chemistry yang kuat; yang lain-lain tu sebenarnya kabur dan kurang diberi perhatian. Don ni yang berguna pun celah 'shopping' kereta je... celah menyamar, nampak bebenor menipunya... dan aku masih tertanya-tanya apa je peranan Radi dalam geng tu sebenarnya selain merokok dan buat bising. Pasal watak si Fizz Fairuz sebagai Inspektor Haikal tu jangan ceritalah; lagilah aku panas. Awkward gila kot dia jadi inspektor. Seorang polis yang berpangkat inspektor seharusnya tenang dalam membuat kerja, bukannya loud (aku serius ni; dia ni bercakap ke menjerit?) dan terlalu mengikut perasaan. Pemilihan Fizz Fairuz bagi aku ialah casting paling teruk dalam sejarah perfileman dunia setakat ni; yang watak lain-lain tu mengikut je turutan keterukan lakonan dan ketidak-sesuaian watak dan perwatakan (kecuali watak Bakar masa muda dan tua, itu make sense walaupun mungkin ada pelakon yang lebih baik boleh dipilih... dan juga semestinya watak Herman dan Alan tadi).
Celah lain, aku tak boleh nak cakap apa sangat. Cuma yang tak bijak sangat ni pembikin lakon layarnya yang tak dapat nak mengambil semangat filem-filem heist yang pernah wujud dengan berkesan macam contoh yang aku bagi tadilah walaupun kerja penjahatnya bukanlah 'the greatest film heist of all time' per se; yakni kerja-kerja The Joker dalam The Dark Knight dan Bane dalam The Dark Knight Rises (walaupun bahagian tu bukanlah tunjang utama filem-filem ni, tapi masih nampak lebih epik), kerja-kerja Hans Gruber dalam filem pertama Die Hard, mahupun kerja-kerja 4 orang perompak daripada naskhah asal Pecah yang 'critically acclaimed' tu sendiri. Filem-filem jenayah yang agak menjadi buah mulut orang dan juga melibatkan sekumpulan penyangak macam Ocean's Eleven ka, Pulp Fiction ka, aku tak pernah tengok lagi, tapi dengar cerita filem-filem jenayah yang disebutkan ni yang menjadi inspirasi pengarah Pecah ni. Ye ke kau rujuk? Ke kau setakat nak kencang je? Alang-alang filem-filem hebat tu dah jadi rujukan kau, tiru jelah sikit mana-mana elemen yang sesuai dengan premis filem ni. Tak payah plagiat.
Aku rasa setakat ni jelah yang aku boleh cakap. Macam sakai je ulasan aku kali ni... sebab aku rasa memang agak sakai jugak filem Pecah ni. Konsep dah bagus, tapi perlaksanaannya sangatlah perlu diberikan masa untuk dikuatkan lagi produksinya. Sayang gila konsep heist era moden dibuat sebegini rupa kat Malaysia. Aku rasa Baik Punya Cilok lagi bagus, sebab walaupun filem tu memang niatnya nak dimodelkan dan dah pun dibikin sebagai filem aksi komedi, tapi dari segi penceritaan, lakonan, perwatakan, dan pemilihan pelakon tu sendiri aku rasa lebih mantap produksinya. Aku harap bila aku baca versi novelnya nanti lepas ni, dapat aku lupakan bayangan filemnya.
P/S: Disebabkan filem nilah aku taknak letak tinggi sangat harapan aku dekat KL Zombi, adaptasi novel Buku Fixi yang seterusnya, yakni berdasarkan Zombijaya oleh Adib Zaini. Kita tunggu jelah.

2 comments:
bodoh...review lepas tgk youtube bukan tgk wayang...
eh? aku tengok kat wayanglah. aku cuma lambat review je.
cakap jangan pakai bantai je. unless... kau cakap pasal orang lainlah.
Post a Comment