Selamat datang, 2017! Aku harap streak filem-filem berkualiti tahun 2016 akan berterusan ke tahun ni! Mari aku mulakan reviu aku dengan... filem tahun lepas yang dah lama ada dalam otak aku tapi tepu amat nak tulis! Filem yang aku tak kisah langsung tapi secara tak sengaja seronok ditonton! Akhirnya kerajinan muncul walaupun 2016 dah habis! Bahahaha! ๐๐๐
Aku sebenarnya cari nahas bila menggatal nak menangkan tiket untuk pratonton filem ni 6 Disember tahun lepas anjuran Movie Addict. Aku tak jangka apa-apa pun. Tunggu pun tidak. Memang tup-tup, aku ternampak poster filem ni serta tajuknya yang agak under-whelming, aku terus hakimi filem ni. Aku ingat ala-ala komedi Prof Razak atau MiG yang pointless. Aku salah.
Sumpah aku terlepas pandang identifier "Sebuah Filem Komedi Suspen" filem ni. Mungkin memang tak ada sebab apa yang aku nampak hanyalah poster yang aku gunakan sebagai thumbnail ni dan langsung tak kisah pasal papan-papan, banner dan bunting filem ni yang berlegar-legar kat luar hall MM Cineplex masa tu. Terus aku rasa filem ni adalah jugak sedikit kepandaiannya dan kemisteriannya!
Walaupun filem ni dah lama keluar dan tak ramai pun aku rasa nak bagi peluang, aku masih TAK AKAN BAGITAU SPOILER.
Ini premisnya: Bo (Johan As'ari) dan Peng (Nabil Ahmad) ialah sepasang pekerja untuk satu restoran pizza. Entah macam mana, diorang boleh terlibat dalam kes penculikan teman wanita dalam talian si Bo bernama Mira Edora Senrose (Zulin Aziz) yang dibuat oleh seorang lelaki misteri yang aku dah lupa namanya tapi dilakonkan oleh Soffi Jikan. Bo dan Peng lepas tu berusaha sendiri untuk menyelamatkan Mira daripada diapa-apakan oleh penculik tu yang ada motifnya tersendiri kenapa dia jadi penjenayah.
Tak sangka, kan? Filem yang posternya pergi besarkan dua kepala protagonis utamanya ni sebenarnya filem thriller misteri yang berpura-pura jadi filem komedi! Konsepnya pun menarik. Ada sebab kenapa Bo dan Peng ni bekerja kat kedai pizza dan kenapa Bo jadi call attendant dan Peng bawak motor. Itu yang membawa filem ni ke plot points yang aku tak sangka akan berlaku. Beberapa elemen lain macam integrasi Instagram tu taklah 100% gimik semata-mata nak kasi filem ni relevan bagi zaman kita, biarpun bahagian ni adalah jugak terlalu mencuba nak jadi PSA skema pulak. Lagi satu, entah kenapa antagonis filem ni diberikan backstory dan character development lebih daripada para protagonisnya; terus gugur sikit perwatakan misterius antagonisnya. Aku rasa flash sikit-sikit pasal past dia, sudahlah. Macam tiba-tiba filem tu bukan pasal misi Bo-Peng pulak.
Dari segi pembikinan, aku rasa semuanya clean. Aku kagum yang filem ni tak ada pun bunyi-bunyi non-diegetic yang sengaja ditambah (contoh: bunyi "TOING") yang sering digunakan untuk memaksa keluar efek lawak daripada skripnya. Muziknya jugak kadangkala dikawal dengan baik. Lighting dan warnanya sesuai bagi genrenya. Editing pun cantik dan tak nampak sangat ralatnya.
Dari segi pembawakan watak dan lakonan, aku rasa semuanya pandai mengikut kehendak skrip. Bukanlah tahap masterpiece pun, tapi faham skrip. Johan As'ari memang cemerlang berlakon watak komedi, biarpun katanya menerusi sidang media filem ni bahawa ini filem komedi pertamanya. Nabil Ahmad pulak lakonannya sangat terkawal; ini mengingatkan aku pada persona awalnya yang humble masa dia mula-mula start dekat program Raja Lawak dan segmen stand-up / solo sketch dia dalam rancangan sulungnya dulu Lu Pikirlah Sendiri, Nabil. Zulin Aziz pun cemerlang jugak; pandai dia balance komedi dan dramatik. Soffi Jikan pulak, biarpun lakonannya cemerlang, dia semacam lupa yang filem ni separuh komedi, separuh thriller/misteri; habih dia pukui jadi watak yang genuinely disturbed dan psycopathic serta langsung tak melawak walaupun sikit! Lakonan yang aku loya tengok dalam filem ni bagi aku Elie Suryati; OMG mekap dia dan lakonan berlebih-lebihnya! Sekurang-kurangnya aku fahamlah kenapa Wanna Ali dan kawannya gedik; diorang tu memang peranannya nak mensatirakan bimbo-bimbo Instagram yang batak followers dan likes! Aku terkejut kot Along Eyzandy yang point dia wujud dalam Pecah tu pun lakonan dia natural ja sebagai extra! Hang berlakon buruk sangat pasai pa, Elie Suryati ooi?!
Secara tuntasnya, aku memang terkejut! Apa yang aku guna untuk tajuk ulasan ni memang terbukti kesahihannya! Aku tak jangka apa-apa! Filem ni pun bagi aku underrated bagi kategori hiburan ringan di Malaysia tahun lepas! Harapnya korang berpeluanglah dapatkan DVD filem ni atau tunggu tayangannya dekat mana-mana stesen TV yang sudi menayangkan filem yang memang aku tak sangka ni!
No comments:
Post a Comment