20161207

Sebuah reviu filem: Kalau 'Munafik' lebih matang dan bukan seram, jadilah 'Desolasi.'

Asal: Malaysia · Bahasa: Melayu, Inggeris
Pengarah & penulis: Syafiq Yusof
Genre: Thriller, fiksyen sains · Rilis: 8 Disember 2016

Pelakon:
Syamsul Yusof,  Bella Dally, Pekin Ibrahim,
Jalaludin Hassan

Info lanjut: IMDb

Nepotisme itu indah kalau tak ada orang buat hal. Mula-mula bapak jadi pelakon, sekarang dia produser. Lepas tu, anak-anak pulak rajin ikut jejak langkah bapak depa. Syamsul Yusof mulakan langkah sebagai pelakon, lepas tu jadi pengarah dan penulis skrip dengan Evolusi KL Drift dan seterusnya. Sekarang, tiba-tiba masa S.A.M. keluar, aku tau yang Syamsul ada adik, namanya Syafiq. Selepas beberapa filem dia bikin pasca-S.A.M., pada satu masa tu aku terbaca satu artikel pasal filem terbarunya yang kembali kepada visinya yang agak segar lepas dia bikin filem yang kita dah biasa macam filem aksi komedi (Abang Long Fadil, spin-off kepada KL Gangster) dan seram found footage (Villa Nabila, berdasarkan urban legend yang tengah hot masa filem tu diumumkan). Terimalah Desolasi, sebuah lagi filem arahan dan tulisan Syafiq yang dibintangi abangnya sendiri, Syamsul Yusof. Bertuah budak ni jadi anak Yusof Haslam. Kehkeh.

Pada 25 November 2016, aku telah dijemput mewakili Movie Addict untuk pratayang filem Desolasi bagi geng media. Memang betullah Syafiq ni. Lagi satu filem berkonsep yang lari daripada cliche filem Melayu. Walaupun masih mengekalkan konsep dalam S.A.M. yang buat satu eksplorasi pasal masalah mental protagonisnya, dalam Desolasi ni, itu dijadikan subplot je. Apa yang dia buat kali ni dari segi falsafahnya lebih dekat dengan filem Life of Pi iaitu tentang persoalan tentang hidup dan pegangan seseorang yang lost dan sentiasa mencari jawapan. Tapi, berbeza dengan Life of Pi yang lebih fantastikal, abstrak dan puitis dari segi penceritaan dan falsafah yang dibawa, Desolasi ni pulak lebih in-your-face bak kata orang putih. Life of Pi agak terbuka dan deep, tapi Desolasi ni pulak terlalu mencuba menjadi accessible dan sedikit sempit. Sungguh pun begitu, ini masih percubaan yang berani pada era di mana ramai golongan butthurt dan Ustaz/Ulama’ Media Sosial acah-acah baik mudah sentap terhadap benda yang sikit pun tak goyangkan akidah depa.

Oh ya, reviu ni confirm TAK ADA SPOILER. Jadi, bacalah dengan aman ya semua? Semoga poin-poin aku kemukakan ni akan buat korang rasa nak tengok atau tak filem Desolasi ni.

Mula-mula sekali, sedikit pasal plotnya yang aku malas nak ikut press kit Skop Productions bagi atas sebab tertentu. Filem ni tentang seorang pelukis bernama Aiman (Syamsul Yusof) yang sejak kecik lagi dijadikan bahan makian disebabkan unpopular opinionnya terhadap sesuatu: contohnya kenapa tak semua manusia senang dan kenapa manusia perlu diuji sentiasa. Dia tak puas hati betul kenapa macam tu kita kena hidup. Nak dijadikan cerita, lepas satu pertelingkahan besar antara Aiman dengan bapaknya (Jalaludin Hassan), sesuatu telah membawanya masuk ke suatu alam di mana dia sorang je yang wujud dan sebijik rupanya macam dunia sebenar; ini membolehkan dia buat apa dia nak tanpa sebarang kesusahan hidup mengganggunya. Tapi, sungguh pun dia ada kebebasan tu, masih ada masalah membelenggu dia dekat situ. Apa masalah tu agaknya?

Bila aku tonton filem ni, aku mengharapkan filem ni se-ambiguous sinopsis aku tulis ni. Sebab premis sebegini agak mencabar untuk dilaksanakan, lagi-lagi dekat Malaysia dalam keadaan sekarang ni yang mudah sensitif bab agama dan kepercayaan umat Islam. Sebenarnya, korang boleh cakap yang Aiman ni, secara asasnya, seorang atheist! Dia tanya apa orang kata... soalan-soalan yang tak patut tanya pun. Cumanya, dia taklah seganas si Pi dalam Life of Pi sampai anut tiga agama sekali gus untuk pastikan kepercayaan dia tu pada apa dan dekat mana. Aiman ni cuma akan suarakan pendapat dia pada orang sekeliling dengan wording dan gerak badan serta ton suara yang boleh orang butthurt je. Kira menarik jugaklah Syafiq ambik abang dia berlakon dan abang dia terus bersetuju.

Kalaulah aku yang baca skrip ni, atau Fattah Amin ke (ya, menurut dish eksklusif daripada Movie Addict, Syafiq pernah terdetik nak ambik dia berlakon jadi Aiman), atau sesiapalah, kena pikiaq dua tiga kali gak. Apa yang terkejutkan aku, selain daripada watak ni berfikiran agak radikal, dia jugak, seperti kebanyakan protagonis bermasalah otak dalam dunia filem, ada penyakit otak yang rare. Disebabkan tu, range emosi watak sebegini memang akan ada banyak variasi, dan dia bagi aku buat kerja yang bagus dalam tackle perubahan emosi yang diperlukan dalam skrip. Tak sangka Shark yang one-dimensional daripada duologi KL Gangster tu dilakonkan pelakon yang sama menjadi Aiman dalam filem ni. Pedulikan nepotisme atau favouritism, Syamsul memang orang yang sesuai untuk watak ni. Selain Syamsul, seorang lagi pelakon yang aku rasa agak bersinar ialah Jalaludin Hassan sebagai ayah Aiman. Bagi aku, ini persembahan dia yang paling berkesan dan kurang awkward sepanjang kariernya sebagai pelakon yang tak berapa bagus bagi aku.

Geng-geng lain tu... biasa ja. Watak Maya (Bella Dally), love interest Aiman dalam ni bagi aku tak berapa diperlukan sangat pun. Kawan baik Aiman, Zahid (Pekin Ibrahim) pun biasa-biasa ja; sesiapa pun boleh jadi mamat ni.

Dari sudut teknikal macam visual, kesan khas dan muzik, ketiga-tiganya saling berkait dalam Desolasi. Latar utama bagi filem ni ialah satu alam di mana ia merupakan satu metafora terhadap emosi dan pemikiran Aiman sendiri serta falsafah yang filem ni bawak. Senang kata, CGI-nya bukan jenis CGI yang bertujuan untuk menghiburkan, tapi sebagai gambaran pergolakan mental dan emosinya yang memang nampak promising pada awalnya. Tapi, kalaulah intensiti beberapa babak awal yang menggunakan CGI dalam filem ni diaplikasikan pada dua pertiga filem ni, aku rasa filem ni akan kurang sikit dia punya cringe factor. Colour correction pada beberapa babak awal pun tak berapa menggambarkan kekeliruan atau kekusutan yang dilanda Aiman.

Ini akhirnya mempengaruhi cara filem ni diceritakan. Flow dia sama macam penggunaan CGI-nya; pada awalnya, konsep tentang persoalan kehidupan dan kenapa kita perlu diuji tu dah cukup kuat, dan seperti yang aku cakap tadi, akan ada satu revelation di mana karakter ni sebenarnya ada masalah mental yang rare. Cuma bila depa nak explain benda tu, daripada absurdity yang abstrak terus jadi exposition-heavy bila diorang dok terangkan apa benda penyakitnya tu yang tiba-tiba di-shoehorn elemen fiksyen sains. Lepas tu, tiba-tiba ja ada penambahan elemen Islamik yang nampak agak kekok. Bukannya aku tak suka elemen Islamik dalam filem macam ni, tapi perkara abstrak dalam otak Aiman yang telah dizahirkan dalam bentuk visual tu dah cukup puzzling; yang hang pi jadi habih preachy tu buat apa? Selain tu, setelah berbincang kencang dengan para ahli Movie Addict yang turut hadir pratayang tu, agak banyak juga lubang plotnya, yang aku takkan sentuh dekat sini. Itulah antara beberapa kelemahan filem ni dari segi teknikal dan apa yang aku kurang berkenan dengan gaya penceritaannya. Ini menjadikan beberapa orang geng Movie Addict berpendapat filem ni secara asasnya Munafik tanpa elemen seram.

Secara keseluruhannya, biarpun bukanlah yang terbaik dan tak setanding S.A.M., Desolasi bagi aku adalah cubaan terbaik untuk jadikan konsep berat lebih diterima oleh penonton filem di Malaysia. Mungkin para pencandu filem akan nampak segala kelemahannya, tapi kalau korang ni jenis baru berjinak-jinak nak tonton filem berfalsafah buatan tempatan, filem ni permulaan yang agak bagus rasanya. Tahniah kepada kru Skop Productions, para pelakon, serta penerbit dan pengarah/penulis filem ni sebab teruskan juga membikin filem ni.

P/S: Kalau rasa nak sokong, sila saksikan Desolasi di pawagam bermula 8 Disember. Pada penonton yang sepatutnya, korang akan rasa filem ni berbaloi dibeli tiketnya.

No comments: