20161206

Sebuah reviu dua filem: 'Hanyut' & 'Interchange'

"Tengok aku buat apa? Tengoklah filem aku!"

Selamat, selamat, selamat! Sebenarnya aku ada reviu filem lain, iaitu Desolasi, tengah tunggu nak keluar, tapi tak boleh nak post lagi sebabnya dah ada buat perjanjian. Masalahnya, aku gian bebenau nak post reviu tu! Nasib baiklah ada tarikh 4 Disember, aku sanggup merempit ke MidValley bersama adik tercinta untuk menonton filem yang tajuknya sungguh ironi, Hanyut arahan U-Wei Haji Saari (sebabnya sini ja yang tinggal tayangan filem ni yang paling dekat area aku; tu pun MASIH jauh) dan Interchange arahan Dain Said. Dapatlah jugak lepaskan gian nak mengulas filem-filem tempatan kita yang semakin berani kedepankan idea yang berlainan.

"We're the cool clique. Dain Said ain't nuttin' ta eff wit'!"

Ya. Filem-filem ni memang lain macam dalam liga masing-masing. Nak buat perbandingan memang langsung tak adil, sebabnya kedua-dua filem ni ada visinya yang tersendiri. Aku cuba untuk TAK BAGI SPOILER LANGSUNG dalam reviu ni, sebab nanti korang dah tau, korang tak mau tengok.

Filem #1: Hanyut

Asal: Malaysia · Bahasa: Melayu, Inggeris
Pengarah & penulis: U-Wei Haji Saari
Genre: Drama · Rilis: 24 November 2016
 
Pelakon: Peter O'Brien, Diana Danielle, Sofia Jane,
Adi Putra, Khalid Salleh, Bront Palarae, Alex Komang,
Hasnul Rahmat, Sabri Yunus

Studio & pengedar: Tanah Licin

Nak aku jujur tak? Aku sebenarnya dah pernah tengok filem ni dulu. Ni aku tak pasti memori bermain dengan aku ke apa, tapi kalau tak silap aku ada dengar satu screening filem bersama pengarahnya yang tak ramai boleh masuk. Tau-tau je sebenarnya itu filem U-Wei Haji Saari dan filem tu judulnya Hanyut. Lagi aku terkejut, dia sendiri ada kat situ dan ada sesi perbincangan lepas tu. Aku tak ingat pulak versi yang aku tengok kat wayang ni versi lain atau sama dengan yang last aku tengok tu. Dah lama dah. Sekitar 2012, kot? Dia sendiri cakap masa tu yang dia tak pasti sama ada filem ni akan release atau tak. Beberapa tahun kemudian, keluar jugak. Apa yang aku boleh cakap, ia seepik yang aku tengok dulu, tapi rasa lain sikit.

Lagi satu aku nak jujur. Mungkin bagi para peminat dan juruapresiasi filem Malaysia amat sanjungi U-Wei. Aku ni bukanlah peminat filem dia, tapi aku rasa tontonan aku bagi filem-filem seperti Perempuan, Isteri, dan Jalang dan Jogho masa aku belajar sekolah filem dah membuka mata aku bahawa dia ni kalau budaya filem Malaysia sangat serius, ialah a force of nature. Filem-filem dia sarat dengan kritikan terhadap Malaysia khususnya dari pelbagai sudut, khususnya terhadap bangsa Melayu. Tapi kali ni, semua tu hanyalah picisan auranya. Naskhah terbarunya yang lama kali ni terasa lebih peribadi dan seingat aku, dia cakap biarpun ini adaptasi novel asal, kebanyakannya dibikin atas rentaknya sendiri berdasarkan pengalaman hidup dia dari dia mula buat filem, semasa filem Hanyut ni dibikin, dan magisnya, pengalamannya sekarang.

Filem ni ialah adaptasi novel Almayer's Folly tulisan Jason Conrad yang aku tak pernah baca. Filem berlatar belakangkan era kolonial Belanda dan Britain pada abad ke-19 ni pasal seorang pedagang Belanda bernama Kaspar Almayer (Peter O'Brien) yang berniat nak cari harta emas yang sering dihalang oleh pelbagai pihak untuk satu tujuan yang hanya dia je faham.

Apa yang aku boleh cakap, biarpun bukanlah jenis filem yang aku berapa suka, tapi skop epiknya berjaya dikandungkan dalam pakej yang terasa intim. Semuanya datang daripada pergerakan emosi hampir semua watak yang wujud dalam filem ni biarlah sekecik mana pun peranannya, sampai aku tak boleh nak pick a favourite (tapi yang aku kurang minat ialah geng-geng Arab lakonan Alex Komang dan Bront Palarae; nampak kekok sikit dan takde feel Arab pun). Tapi, disebabkan masing-masing ada agenda masing-masing, ini menjadikan aku agak lost masa nak sambungkan plotnya yang sedikit bersimpang siur tapi dapat jugak tangkap. Tapi, driving force yang berjaya mengurangkan pening aku terhadap apa yang berlaku semestinya Peter O'Brien sebagai Almayer yang hidupnya agak berkecamuk disebabkan keputusan-keputusan yang dia buat yang akhirnya memberi kesan terhadap hubungan diplomasinya terhadap pelanggan-pelanggannya yang banyak songeh, hubungan rumah tangganya dengan si isteri Mem (Sofia Jane) yang sangat misterius dan anaknya Nina (Diana Danielle) yang hanya inginkan kebebasan dan kasih sayang orang yang mengasihinya, serta dengan supposed-ally Almayer yang sepatutnya bantu dia cari emas tu dan kebetulan cinta hati anaknya, Dain Maroola (Adi Putra). Memang kacau habis si Almayer ni bila semua yang aku cakap ni buat hal. Memang hebat mamat ni berlakon.

Sudut teknikal pulak? Masya-Allah. Bila dia cari dan orang chip-in RM18 juta untuk bajet, memang dia tak simpan duit lebih dalam poket. Cuba tengok mise-en-scene dia. Tak padat pun, tapi perincian dia mengancam. Lebih-lebih lagi celah set dan propsnya yang begitu hidup dan functional ESPECIALLY alat-alat period macam kapal laut dan bot pakai kincir dan stim kalau tak silap; tapi, alangkah baiknya kalau babak perang laut tu lebih intense untuk menguatkan lagi konflik dari sudut konteks sejarah untuk beratkan lagi filem ni punya stakes (sayangnya bajet tak membenarkan babak-babak epik ni untuk diselitkan). Memang tak ada satu pun kemodenan yang kantoi terpampang dalam filem tu sendiri. Apa yang moden pun hanyalah sinematografinya yang cukup indah dan tak dipaksa, tapi masih ada perancangan yang teliti. Muziknya pun agak epik, tapi kadang-kadang ada sesetengah babak tu kalau dibiarkan intense tanpa muzik aku rasa lebih berkesan lagi-lagi pada babak dialog dramatik; muzik tu macam kacau pulak.

Baiklah. Aku sebenarnya agak susah nak keluarkan pendapat aku tentang filem ni. Sebabnya, kredibiliti aku tak cukup tinggi untuk menyatakan rasa bangga aku terhadap filem yang agak kehadapan dari sudut kejujuran filem ni serta visinya yang sungguh epik. Aku tau filem ni memang sah tak akan untung, tapi aku masih berbangga kerana dapat cuba timbulkan Hanyut yang semakin hanyut ni. Selagi hayat dikandung badan, aku harap U-Wei masih akan terus berkarya, tak kiralah dalam kapasiti macam mana sekali pun. Syabas buat U-Wei kerana dapat jugak rilis filem ni buat tatapan rakyat Malaysia yang ingin memberi peluang pada sinema kita.

Filem #2: Interchange

Asal: Malaysia, Indonesia
Bahasa: Melayu, Inggeris, Cina, bahasa kaum Borneo
Pengarah: Dain Said
Penulis: Dain Said, Redza Minhat,
June Tan, Nandita Solomon
Genre: Neo-noir, fantasi, thriller · Rilis: 1 Disember 2016

Pelakon:
Shaheizy Sam, Iedil Putra, Nicholas Saputra,
Prisia Nasution, Nadiya Nisaa, Chew Kinwah

Info lanjut: IMDb

Lama jugak aku tunggu Dain Said ni nak buat filem baru. Mana taknya, Dukun habis kena ban, tapi leaked footage-nya memang meyakinkan dan meremangkan bulu roma sesiapa yang menontonnya. Lepas tu, keluar pulak drama seni mempertahankan diri / thriller bernama Bunohan yang terlalu tinggi simbolisme dan bahasa filemnya yang berada dalam kelas tersendiri dan senarai filem tempatan pilihan aku. Mestilah aku seronok bila dapat tau dia akan ada filem baru yang secara jujurnya aku langsung tak tau pasal apa. Mula-mula ini yang aku nampak:

Poster teaser untuk Interchange.

Ini filem found footage ke? Filem tribute Cinema Paradiso yang habis dicelup budaya Malaysia ke? Filem apa ni? Trailer pun langsung aku tak usik. Apa yang aku usik pun hanyalah satu website yang dapat showcase beberapa still shots daripada filem ni serta gambar sebalik tabir yang badass aku letak dekat perenggan pembukaan entri ni. Itu pun masih aku tak tahu filem ni pasal apa. Lepas tu, geng marketing filem ni pergi pulak buat tagline yang habis tongue-in-cheek: "You are not prepared for this journey." Memang betul pun. Aku langsung tak expect apa-apa melainkan ini adalah filem Dain Said yang seterusnya dan ia harus bagus. Memang bagus pun.

Filem ni mengisahkan Detektif Man (Shaheizy Sam) yang menyiasat satu pembunuhan misteri di mana modus operandinya memang sangat diluar tabii dan tak masuk akal. Dia terpaksa mintak tolong Adam (Iedil Putra), rakan sekerjanya yang merupakan seorang jurugambar forensik, untuk kes ni. Keadaan jadi makin rumit bila ada dua orang lain kebetulan menampakkan diri ketika kes bunuh pelik ni berlaku: seorang perempuan bernama Iva (Prisia Nasution) dan lelaki bernama Belian (Nicholas Saputra) yang ada hubungan dengan kes ni.

Bunyinya macam menggerunkan, ya tak? Memang pun. Dari sudut cerita, aku rasa memang dense semua mitologi yang diorang sama ada cipta atau pun olah mitologi kaum-kaum Borneo yang digunakan untuk menerangkan kes pembunuhan pelik tu. Ia jugak memang sangat diintegrasikan dengan padu dalam perwatakan watak-watak filem Interchange ni yang mempengaruhi setiap tindak-tanduk mereka, menjadikan filem ni sangat menarik. Sungguh pun filem ni banyak subplot, filem ni sebenarnya sangat linear; semua perincian plot memang dah tersuap dengan mudah bagi mereka yang berjaya melepasi pacing filem ni yang agak slow-burn, tapi masih mudah diikuti. Tak sesusah Bunohan ah, senang cakap. Jadi, biarpun agak grafik penceritaannya, takdelah aku murung lepas tengok sebab tak faham dan terganggu mental. Bercakap pasal grafik...

Sekarang, dari sudut pengarahan, visual (baca: grafik) dan teknikal pulak. Cara Dain Said mengarah build-up misteri tu memang bergaya habis. Shot yang dipilih pun mengancam; banyak gila close-up yang diawal filem digunakan untuk tutup misteri dan bila filem nak dekat habis, ia digunakan untuk reveal misteri. Sinematografinya pun cantik gila, lagi-lagi bila diorang cuba capture hujan dekat kaki lima, lorong belakang, dan atas bumbung; memang neo-noir ala Se7en habis. Special effects dia yang menggabungkan efek praktikal dan CGI pun memang convincing pada babak-babak close-ups semasa beberapa babak transformasi dan proses/aftermath pembunuhan tu yang sangat mengerikan dan aneh nak mampus, tapi bukan bila diorang buat wide shots; awkward teruk weyh CGI depa. Memang mengejutkan daripada segala spektrum makna perkataan tu. Korang tengok, korang fahamlah. Lagi satu, diorang jugak langsung tak skimp bila bercakap tentang props yang digunakan; tak ada satu pun props yang diletakkan berselerak dalam filem ni tak ada fungsi, dan kadangkala sangat ambitious. Bukan prop biasa-biasa diorang buat dan integrasikan dalam plot dengan cantik sekali. Muziknya pulak serviced the scenes very well. Tak reti nak cakap Melayu celah ni, tapi skornya yang agak minimalis tapi ada grandeur-nya tersendiri bila perlu memang masuk dengan mood neo-noir filem ni.

Akhir sekali, lakonan. Aku rasa, aku tak ada masalah pun dengan lakonan diorang. Shaheizy Sam nampak sangat konfiden lakonkan watak hard-ass detektif yang ingat dia big-shot tapi masih buat kerja. Iedil Putra pulak memang nampaklah weary dia sebagai seorang jurugambar forensik yang memang ada masalah dengan kerja dan hidupnya, biarpun mungkin aku ada masalah dengan loghat Sabahan dia. Iva lakonan Prisia Nasution pun tak ada masalah; dia berlakon dengan secukupnya. Nicholas Saputra pulak, aku rasa lakonan dia kali ni nampaklah sisinya yang lebih serius. Unsung heroes kat sini bagi aku ialah Nadiya Nisaa dan Chew Kinwah sebagai watak pembantu yang menarik pembawakan watak mereka.

Macam nilah. Aku kesian bagi mereka yang meletakkan harapan terlalu tinggi lepas tonton apa yang Dain Said boleh buat dalam Bunohan. Aku cuma expect filem yang bagus daripada dia, bukannya terlalu bagus. Hasilnya, aku tak berapa kecewa dan aku berpuas hati dengan naskhah Dain Said yang sangat surreal ni. Tolonglah ajak kawan-kawan korang pergi tonton filem ni. Jangan risau pasal akan disenggama minda. Filem ni agak safe untuk khalayak, biarpun ada jugaklah babak kurang menyenangkan bagi mereka yang dibawah umur. Ini memang satu kelainan dalam sinema kita.

Penutup
Aku tak boleh nak cakap apa dah. Nasib baik Interchange ni GSC Movies yang edarkan dekat Malaysia; ada harapanlah sikit nak survive lama. Hanyut ni pulak statusnya macam Nota dan Lelaki Harapan Dunia: jadi nyawa-nyawa ikan sekarang. Selagi korang lapang dan mampu, pergilah keluarkan duit dan beli tiket filem ni sambil menonton dan bawak balik keterujaan korang selepas menonton kedua-dua atau salah satu daripada filem ni. Tak rugi apa pun. Kalau balik atau terlebih modal, nanti korang pun happy sebab nanti akan ada banyak lagi filem tempatan yang ada konsep lebih gila-gila tapi pandai. Bila lagi nak #sapotlokal kalau bukan sekarang?

No comments: