Asal: Brunei · Bahasa: Melayu Pengarah: Siti Kamaluddin · Penulis: Salman Aristo Rilis: 21 Ogos 2014 (Brunei) · Genre: Drama, aksi Pelakon: Liyana Yus, Nadiah Wahid, Arifin Putra, Aryl Falak, Reza Rahadian, Carmen Soo, Dian P. Ramlee, Nabila Huda, Roy Sungkono, Agus Kuncoro, Mentari De Marelle, M. Nasir, Jazz Hayat, Lim Ching Miau, Soo Wincci, Maharasyi Pengedar: Media Aktiva Nusantara Visual Info lanjut: IMDb |
Pada 10 Disember 2015, berakhirlah hari acara FiTA Gravity anjuran Fakulti Filem, Teater, dan Animasi, UiTM (kenapalah tak kekalkan satu nama ja; acara lebih kurang je setiap tahun!) dengan tayangan filem dari Brunei, sebuah lagi negara nusantara yang kecik selepas Singapura. Menurut pengetahuan dan pencarian aku, filem ni merupakan filem KETIGA yang produksi Brunei pernah hasilkan... like EVER!
Dan ini merupakan tayangan perdana filem ni di Malaysia dan kami tak diminta untuk bayar satu sen pun (bukan macam filem kena bayar RM10 yang diragui tu). Ehem.
Baiklah. Meh sini aku nak reviu filem dari Brunei ni.
AMARAN: ADA SEDIKIT SPOILER!
Baiklah. Meh sini aku nak reviu filem dari Brunei ni.
AMARAN: ADA SEDIKIT SPOILER!
Biarpun filem ni hasil dari Brunei, ramai jugak depa cekau pelakon dari bahagian nusantara yang lain macam Indonesia dan Malaysia. Aku ada tau Brunei ada supply pelakon TV sebab depa pun ada versi Brunei untuk RTM, tapi tak kenal sekoq pun pelakon depa; jadi taktaulah depa ada guna ke dak. Pelakon utamanya pulak dengar cerita pelakon baru habis (dan comel habis... geram!) dari Brunei. Pelakon dari negara lain adalah dua-tiga kerat aku kenal (yang dari Malaysia maksud aku). Tapi, yang penting, abang yang berlakon jadi Uco dalam The Raid 2: Berandal ada buat cameo sikit. Gila jambu dia kalau tak perangai macam setan! Hihi.
Sekarang, aku akan terangkan sedikit plot dia yang sangat gore... sebab aku tengok kuda yang terang-terang dah mati tu depa dok pukul habis-habisan. Tapi takdelah teruk sangat depa buat cliché ni. Filem ni pasal Yasmine (Liyana Yus), seorang budak sekolah... tinggi...? (aku rasa sistem pendidikan depa ni macam Amerika Syarikat sikit)... yang agak popular aku rasa di sekolah lamanya dah syok kat sorang mamat hebat bersilat yang taklah jambu sangat kat situ, terpaksa pindah sekolah. Kemudian dia masuk kelab silat loser kat sekolah baru dia supaya dia dapat masuk pertandingan silat peringkat regional dengan tujuan nak mengurat mamat tu. Dia dibantu pertolongan dua orang lagi ahli kelab silat tu, sorang perempuan tembam dan sorang abang sado, yang dia dok layan macam sampah bila dia dah mula hebat bersilat, walaupun bapak dia Fahri (Reza Rahadian) tak suka dia bersilat.
Macam pernah dengar, kan? Aku dah kata dah tadi! Struktur naratif dia memang dah banyak filem dah habis pakai. Aku rasa Pitch Perfect, Glee, Honey, Step Up, The Karate Kid dan pelbagai lagi filem berlatar belakangkan pertandingan ada pakai plot macam ni. Lepas tu momen slow-mo epik masa babak pinakel filem ni aku rasa macam Real Steel pun ada. Macam gaya filem romantik remaja Indonesia seperti Ada Apa Dengan Cinta? dan sekutunya celah cliche 'masalah dunia pertama' para remaja, ujian persahabatan, dan pergaduhan cewek-cewek nak dapat sorang cowok pun ada. Tapi, secara peribadi, aku mampu maafkan semua kekurangan tersebut. Filem ni tujuannya untuk bagi penonton rasa gembira. Semua benda cheesy dan cliché dan pelakon wanita utama yang gila comel dan berbakat pun perlu ada (kick-ass gila masa tourney silat tu woi!), walaupun mungkin awkward dialognya bagi aku sebab tak biasa dialek orang Brunei (tang ni aku rasa dialek semua watak dia awkward). Lagipun, ini percubaan ketiga Brunei nak buat filem selepas Gema Dari Menara (1980) dan Ada Apa Dengan Rina? (2013); dah bertahun-tahun lepas dah tu. Ada banyak ruang lagi untuk diperbaiki. Korang masih ada peluang. Masih segar. Bukan macam Malaysia ni. Entah apa benda pasang surut dia. Menyampah pun ada kadang-kadang.
Pasal pendedahan budaya silat tu, bagi aku sangat samar-samar untuk filem yang memfokuskan seorang watak yang gigih nak bersilat. Walaupun The Raid tak ada pun sebut sekali pun pasal silat, aku rasa diorang tau silat tu apa. Takat pergi cari master terbaik serata Brunei dan sedikit montaj latihan intense tu apalah sangat (aku rasa tang cari master tu gila gaya filem Hong Kong... mungkin sebab pengarah aksinya memang import dari sana). Ada tuan guru kelab silat tu plak, jadi tuan guru Zen berjaket Bruce Lee instead of jadi seorang guru yang proper. Mungkin bahagian ni, pembikin boleh rujuk Merantau kot untuk lebih flesh out keinginan Yasmine nak bersilat tu. Kalau tak buat macam tu, silat tu nampak macam penyeri filem romantik remaja jelah; tak nampak sangat korang nak ketengahkan budaya persilatan tu.
Tapi yang filem-filem luar yang aku kata perjalanan dan elemen plot yang lebih kurang tu tak fokus sangat kat aspek ni; sinematografi. Gila lawa bila pengarah fotografi dia buat kerja ambik shot pemandangan kat Brunei. Shot tipikal kat tengah jeti tu pun lawa, sampai buatkan aku rasa nenek si Yasmine (Dian P. Ramlee) tu sumpah seorang nenek paling cool dalam dunia.
Lagi satu yang depa buat cool gila ialah babak imbas kembali sejarah silam Fahri dan guru silat sekunder kumpulan Yasmine (aku lupa dah nama watak dia ni). Aku rasa macam tengok filem lain yang tak kena mengena langsung pun dengan Yasmine ni. Gila intense babak tu. Kalaulah semangat babak tu dilumurkan kepada babak-babak lain (termasuklah babak cheesy filem ni), aku rasa filem ni mesti akan lebih kuat.
Lagi satu yang depa buat cool gila ialah babak imbas kembali sejarah silam Fahri dan guru silat sekunder kumpulan Yasmine (aku lupa dah nama watak dia ni). Aku rasa macam tengok filem lain yang tak kena mengena langsung pun dengan Yasmine ni. Gila intense babak tu. Kalaulah semangat babak tu dilumurkan kepada babak-babak lain (termasuklah babak cheesy filem ni), aku rasa filem ni mesti akan lebih kuat.
Secara keseluruhannya, ini permulaan yang agak baik bagi industri perfileman Brunei. Baru tiga filem, tapi filem ketiga ni dah pun mendapat perhatian dunia. Aku taktaulah macam mana kabel depa ni kuat gila. Patutnya depa nilah perlukan duit. Ni produksi pakai pelajar sendiri (entah dibayar ke dak... ke dibayar dengan 'pengalaman' dan bukan duit... kehkeh) sibuk nak caj orang. Aku rasa aku nak tengok apa jadi kat depa lepas ni. Semoga maju jaya, team Yasmine... dan Liyana Yus (harap awak bacalah reviu saya ni! :3)!
P/S: Aku harap adalah orang nak tengok filem ni bila dapat masuk Malaysia nanti. Janganlah jadi macam Banting Slam; kejap je. Damn.
No comments:
Post a Comment