20131015

Sebuah reviu filem: 'KL Gangster 2'

Asal: Malaysia
Bahasa: Melayu, Hokkien, Mandarin
Pengarah & lakon layar: Syamsul Yusof
Penerbit: Yusof Haslam
Genre: Aksi / jenayah
Pelakon: Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Razak, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Rosyam Nor
Rilis: 3 Oktober 2013
Studio: Skop Productions
Pengedar: Grand Brilliance

Siapa yang leak dan menonton leak KL Gangster 2 tu, telur korang busuk. Ya, aku cakap pasal korang yang prefer untuk jadi lanun WALAUPUN filem tu filem tempatan (yang industrinya kecik sangat ya amat); sebab memang korang ni memang jenis tak reti jaga telur korang. Korang tak layak untuk menonton lepas tu menghakimi kaw-kaw follow-up filem KL Gangster yang meletup satu masa dulu yang boleh dikatakan epik dan hampir sempurna ni.

Kau jangan khuatir, hai anak Pak Yusof! Filem ni sumpah telah menyepak punggung-punggung mereka yang tak reti nak bersabar untuk filem ni keluar di panggung walaupun depe masih berdegil nak datang bayar tiket dan sokong. Aku rasa terharu pulak sebab menjadi salah seorang penonton yang telah diberikan ucapan terima kasih sebelum filem ni ditayangkan; khusus untuk penonton filem ni di MBO Cinemas! Kau hado (kalau hado kat pawagam lain, cakap... aku taknak poyo sangat)?

Perkara pertama yang patut aku puji dulu sebelum aku cakap lebih deep; nama hodoh KL Gangster 2: Prequel tu tak digunakan! Kau dengar jugak ye cakap aku, anak Pak Yusof? Bagus!

Baiklah. Perkara-perkara trivial telah pun aku sentuh. Lebih baik aku cakap apa yang hit-or-miss bagi aku dalam filem ni walaupun secara keseluruhannya aku agak berpuas hati dengannya.

Filem ni, dari segi premisnya, kalau menurut kejambuan rupa Jai (Adi Putra) dan ke-osem-an mullet Shark (Syamsul Yusof) (sumpah weh... lawa mullet!) di dalam poster ni, korang boleh agaklah yang filem ni bukanlah sekuel, tetapi sebaliknya adalah origin story yang merungkai motif kenapa dan macam mana Malik dan Jai berkeputusan untuk melibatkan diri dalam dunia kongsi gelap yang penuh tikam-menikam dari belakang (secara figuratif dan betul-betul) dan kekejaman yang tak sudah demi niat mereka yang sebenarnya ikhlas nak membantu keluarga depe yang sangat susah. Kisah yang terngiang-ngiang di fikiran aku seperti asal-usul gaya bahasa Shark jugak turut diterangkan dalam filem ni (akhirnya terjawab! WAHOO!). Turut menambah seri filem ni ialah kehadiran seorang samseng psiko yang bertanggungjawab melunturkan pengaruh geng King dan Dragon bernama Tailong yang dilakonkan oleh hero Malaya yang dulu-dulu selalu jugak jadi penyeri filem-filem jambu dan aksi di Malaysia, brader Rosyam Nor.

Aku ada banyak jugak baca ulasan lain sebelum aku bercadang nak buat ulasan aku sendiri pasal KLG2 ni. Kebanyakannya berpendapat bahawa filem KLG2 ni lebih banyak aksi daripada cerita. Secara peribadi, korang ni jenis tak tengok betul-betullah. Aku rasa walaupun aksi dia kali ni memang aku akui lebih banyak daripada KLG sampai aku tak berani nak syorkan filem ni dekat orang yang ada penyakit jantung sebab aksinya tak reti-reti nak berhenti, plot dan dramanya jugak digarap dengan baik dan turut mendapat perhatian yang setaraf dengan kuantiti aksinya. Aku dapat rasakan yang memang diorang ni perlu dikesiankan sebab kalau diikutkan keadaan yang dicampakkan kat depe dalam filem ni, semacam memang dah tak ada cara lain lagi dah nak menyelamatkan ibu Jai dan Malik ni daripada terus dibelenggu macam-macam masalah yang melibatkan hidup dan matinya melainkan jadi samseng. Elemen ni yang membuatkan aku rasa seperti menonton sebuah 'cerita' berbanding KLG yang aku rasa tak ada hala tuju sangat melainkan ingin menunjukkan keburukan dunia gangsterisme semata-mata, ditambah dengan sibling rivalry yang tak ada makna apa-apa pun melainkan kalau korang tonton KLG2 jugak untuk betul-betul memahami pergolakan jiwa dan minda Malik dan Jai sebenar-benarnya.

Lagi benda positif yang aku nak cakap; Syamsul Yusof sumpah mempunyai telur yang disadur besi waja. Aku syak dia ni banyak kali juga melepas nafsu dekat filem-filem aksi Hollywood dan Hong Kong dulu kot sebelum pra-produksi (aku asyik fikir Die Hard je bila tonton filem ni... filem Hong Kong tak adalah pulak, sebab aku tak tengok sangat). Hasilnya, babak Shark suruh geng dia jahanamkan kereta polis. Dan babak Malik marahkan ketua-ketua gangster yang telur mereka berada dalam simpanan Tailong kat atas bumbung tu. Senang cerita, babak-babak dalam trailer tu... and then some. Malaysia mana mampu nak buat an entirely different set and props semata-mata untuk buat filem sebegini, jadi Syamsul Yusof selamba je gunakan apa yang ada; kalau kereta tu kereta baru, itu pun sangguplah dihancurkan kalau skrip memerlukan kereta tu hancur. Gila weh dia ni; gila! Koreografi perlawanan jugak nampak lebih awesome dan kemas!

Dari segi lakonan, well, kalau tolak tepi dialognya yang makin merapu dan terlebih berbunga (lebih-lebih lagi Ajib punya dialog), kali ni lebih semulajadi dan lebih menyerlahkan perwatakan setiap watak yang ada dalam filem ni, tak kisahlah yang penting mahupun tak penting. Ada tiga orang yang patut diberi spotlight kat sini; Rosyam Nor sebab aku rasa nak sepak dia, tapi dalam masa yang sama aku nak jilat tapak kaki dia sebab dia sangat kejam tapi bersahaja, Adi Putra sebab kawalan emosi dia sebagai Jai memang amat hebat (babak akhir di mana dia akhirnya break perwatakan non-smoking dia tu memang powerful, walaupun menyakitkan hati... sebab memang itulah tujuannya), dan akhir sekali... Zizan Razak sebagai Fadil, sebab lawak dia kali ni memang power; hampir semua babak serius dia nak kasi aku kencing dalam seluar. Babilah kau, Zizan. Babilah! EDIT: Sebenarnya part Fadil tu aku divided; rasa seronok dia buat lawak pun ada, rasa nak sepak sebab panjang sangat dan merapu/melampau sangat pun ada)! Special mention perlu jugak diberi kepada Syamsul Yusof sendiri sebab kali ni walaupun wataknya picisan, aku rasa kali ni dia lebih bersahaja dalam lakonannya dan memang boleh rasa presence-nya sebagai pembelot yang sepatutnya Ajib bunuh instead of ibunda tercinta.

Dari sudut penyuntingan, aku masih rasa transition babak ke babak tu tak kemas. Tengah sedap sebak tengok mak Malik disown dia lepas nampak kerjanya bersama Shark and the gang tu contohnya, tiba-tiba muzik sayu tu terpotong camtu ja sebab nak masuk babak lain. Dan skor muzik masih lagi ambik dari filem lain tanpa segan silu. Sepatutnya bajet perlu juga di-allocate kepada skor muzik original jugak; bukan sahaja untuk bayaran kepada ekstra yang agak ramai dan action set pieces yang makin menjadi-jadi (EDIT: aku sebenarnya bukanlah pendengar soundtrack filem yang tajam mahupun penonton filem yang tegar; tapi menurut blog Thoughts on Films [shoutout to my ol' lecturer, Fikri Jermadi!] yang juga pernah ulas filem pertamanya, sebenarnya KLG2 kurang atau hampir tak ada pun muzik yang dicedok dari filem lain tanpa kebenaran berbanding KLG... kalau itu kesnya, makin botingkek-tingkeklah tabik gua kat lu kalau macam tu, Syamsul!).

Akhir kata, tengok depan laptop tak best. Tengok jelah kat wayang, beb. Bukannya susah pun; rajin tak rajin je. Besar pun besar, sejuk pun sejuk. Dolby pun Dolby. Tambahan pula, lagi sedap kalau tatap otot sasa Aaron Aziz dan Adi Putra kalau scale dia lebih besar, kan? Dan impak lebih besar kalau babak meletup, tumbuk-menumbuk, dan tikam-menikam kalau tengok kat skrin besar, kan? Pergilah tolong Syamsul Yusof wei. Korang ni pun. Kalau nakkan filem tempatan yang lebih baik, sokong jelah filem yang confirm boleh jugak menaikkan berahi peminat filem aksi termasuklah yang hanya melayan filem aksi antarabangsa ni; sebab memang aku ada nampak bayang Hollywood bila tonton filem yang hanya dibikin dengan bajet Ringgit Malaysia ni.

Cubalah tengok KL Gangster 2 ni di pawagam. Pengarahan Syamsul Yusof mungkin tak berapa sempurna, tapi dia mampu buat aku 'melekit' bila menonton filem ni. Ini bukanlah kerja yang mudah, tapi dia dah buat dah. Habis seluar aku basah.

Sekian.

P/S: Bahagian aku basah tu hanyalah gambaran betapa bangganya aku (walaupun takdelah best sangat, tapi masih memuaskan) yang filem ni rakyat Malaysia yang buat; dia tak kisah pun kalau filem ni menempah kontroversi disebabkan kandungannya yang lebih ganas dan bernafsu berbanding KL Gangster. Jangan sedih sangatlah, Syamsul. Tak gangsterlah kalau kau jadi pussy taknak buat filem dah lepas ni

No comments: