20150823

Reviu imbas kembali #7: 'The Evil Dead' (1981) & 'Evil Dead' (2013).

Hai, korang! Sejak reviu Nota aku tu di-feature-kan di laman web The Daily Seni, aku rasa susah nak move on. Haha! Klik SINI kalau tak percaya.

Tak tipu, kan? Kan? Oh ya. Terima kasihlah Deric Ect, juga seorang pencandu filem di
group Movie Addict, kerana tepekkan reviu aku yang tak seberapa ni!

Eh, tak penting.

Ini sebenarnya aku nak cakap. Selalunya bila aku reviu, aku akan gunakan bahasa dominan filem tersebut. Kalau itu filem Malaysia atau nusantara, aku akan reviu dalam Bahasa Melayu; kalau filem antarabangsa atau tempatan yang berbahasa asing, aku akan reviu dalam Bahasa Inggeris. Kali ni aku rasa segmen reviu imbas kembali aku ni istimewa sikit; sebabnya aku reviu filem omputih dalam Bahasa Melayu! Kira aku dah langgar sikit aku punya peraturanlah ni. 

"Hoi, Deadites! Mampuih boleh dak?!" habaq Ash Williams.

Dua reviu ni aku goreng dekat group Movie Addict di Facebook pada hujung bulan Julai dan awal bulan Ogos. Untuk pengetahuan anda, reviu-reviu di bawah ialah ulasan kepada dua daripada empat filem daripada francais filem Evil Dead; The Evil Dead tahun 1981 dan reboot-nya, Evil Dead pada tahun 2013. Aku tengok semua sekali, tapi rasa nak reviu original dengan reboot je. Jangan tanya aku kenapa.

"Barua yang dok bocoqkan paip ni mintak kena kerat ka apa?!" komplen Mia Allen.
FYI, kedua-dua reviu ni dibuat betul-betul lepas aku tonton kedua-dua Evil Dead, dan kali ni diedit dari segi wording agar tak rasa terlalu awkward untuk dibaca. Selamat!


The Evil Dead (1981) [Hari tontonan: 29 Julai 2015]
Asal: Amerika Syarikat
Bahasa: Inggeris
Pengarah & penulis: Sam Raimi
Penerbit: Robert Tapert
Pelakon: Bruce Campbell, Ellen Sandweiss, Hal Delrich, Betsy Baker, Sarah York

Genre: Seram / slasherRilis: 15 Oktober 1981
Studio: Renaissance Pictures
Pengedar: New Line Cinema

Dulu masa kecik rasanya aku pernah tertengok cerita ni kat TV arwah atuk aku dulu kat VHS; anak bongsu dia yang pasang. Rasa kecut je perut walaupun tengok aku rasa satu dua frame je daripada keseluruhan filem ni, dan untuk sebab tertentu, memori aku kata masa aku tengok dulu filem ni hitam putih. Atau aku sebenarnya tonton filem lain. Hmm. Mungkin kot. Bertahun-tahun kemudian, akhirnya aku tonton jugak filem ni sementara menunggu ketibaan siri TV Ash vs. Evil Dead Halloween nanti. Aku nak cerita plot dia pun mudah sangat, kan? Orang pun dah tau. Jadi, cari jelah kat IMDb ke apa ke, u'olls... jangan cari pasal kat 1MDB sudah.

Eh... baik aku teruskan.

Biarpun aku mula berjinak dengan B-movie melalui tribute kepada genre tu dan bukannya menonton filem-filem di era keemasan genre sebegini, aku rasa aku dah boleh terima filem-filem cenggini. Buktinya aku boleh cuba tonton dua B-movie berbeza tapi DIBIKIN DENGAN SANGAT TERUK SEKALI pasal ikan jerung (tapi ni bukanlah zaman dulu punya; dua-dua sebenarnya dirilis tahun ni); satu namanya Sharkansas Women's Prison Massacre  dan lagi satu merupakan entri ke-3 siri telemovie Sharknado. Yang mula-mula tu so bad it's unbearable, tapi Sharknado 3 pulak so bad, it's good. Entri pertama siri Evil Dead ni pulak aku rasa kat tengah-tengah kategori dia (walaupun memang nampak sangatlah filem ni bukan pasal jerung).

Siapa sangka filem sebegini merupakan antara buah tangan terawal pembikin trilogi Spider-Man? Walaupun sebahagian daripada kesan khasnya yang gory dan menjijikkan tu nampak agak janggal, ditambah pulak dengan terlalu banyak ralat kesinambungan (seperti yang diterangkan oleh teman menonton gua, lagi-lagi celah close-up Deadites yang terang-terangan bertukar-tukar pelakonnya) dan lakonan yang agak teruk, aku masih rasa sedikit suspens disebabkan oleh mainan kameranya yang agak senggama minda, pemilihan shot yang menarik dan editing yang agak laju bergerak. Kesan khasnya bagi aku agak susah benau nak dilaksanakan (lagi-lagi babak di mana Deadites tu mereput tapi masih main cak-cak dengan Ash Williams [Bruce Campbell] di klimaks filem ni, di mana aku rasa mesti pakai stopmotion agaknya) dan mise-en-scene-nya yang agak terperinci walaupun sekecik kuman bagi menguatkan lagi atmosfera seram-tapi-teknikal-jahanam filem ni.

Secara keseluruhannya, aku rasa macam terhibur kot. Aku tak sabar nak tengok 2 filem seterusnya (tapi geng aku sorang tu aku tak boleh nak jamin; meroyan dia masa lepas tengok tau!) sampailah tibanya siri TV Ash vs. Evil Dead nanti. Cepatlaah Ash kudung! Pasang chainsaw kat tangan hang dan pi tembak semua Deadites pakai boomstick hang!


Evil Dead (2013) [Hari tontonan: 6 Ogos 2015]
Asal: Amerika Syarikat
Bahasa: Inggeris

Pengarah:
Fede Alvarez
Penerbit: Sam Raimi, Robert Tapert, Bruce Campbell

Penulis:
Fede Alvarez, Rodo Sayagues

Genre: Seram / slasher
Pelakon: Jane Levy,  Jessica Lucas, Shiloh Hernandez, Lou Taylor Pucci, Elizabeth Blackmore

Rilis: 5 April 2013
Studio: Ghosthouse Pictures, FilmDistrict
Pengedar: TriStar Pictures


Aku rasa memang dah ramai reviu reboot ni, tapi aku teruskan jugak sebabnya aku sejujurnya bukanlah peminat tegar filem seram mahupun filem gore / torture porn / apa-apalah hangpa dok panggil.

Aku ada baca Wikipedia filem ni yang mengatakan bahawa Bruce Campbell, pemegang teraju utama filem asal merangkap penerbit reboot ni sendiri dah habaq yang pada awalnya susah nak mampus bikin reboot ni sebab skrip-skrip sebelumnya macam haram. Tapi, sebaik saja Sam Raimi, pengarah filem asal yang juga merangkap penerbit reboot ni pilih Fede Alvarez yang latar belakangnya bukanlah dari filem seram untuk mengarah dan menulis Evil Dead baru, terus En. Campbell semangat nak mampus, dan aku bersetuju dengan Mr. Williams!

Aku sejujurnya tak perasan sangat kesinambungan filem ni dengan The Evil Dead selain daripada Necronomicon Ex-Mortis (DUH), tapi yang aku perasan ialah terlalu banyak homage kepada filem-filem Evil Dead sebelum ni. Tapi, reboot ni nampaklah lebih elok dibuat kesan visualnya disebabkan oleh bajet yang lebih tinggi dan teknologi yang lebih maju, dan berjaya menggunakan Mia Allen lakonan Jane Levy (yang aku kenal dari sitkom Suburgatory lepas tu terus lompat jadi heroin filem seram!) serta pelakon wanita rupawan yang lain lebih dari sekadar eye-candy tetapi berperanan kuat dalam meneruskan penceritaan semula plot asas francais ini.

Aku tak dapat nafikan bahawa The Evil Dead memang mempunyai seninya tersendiri dan mempunyai visual yang baik untuk zamannya, tapi reboot oleh Alvarez ni berjaya memberi nafas baru dari segi penyampaian plot serta visual yang lebih menyiat kulit; akan tetapi, pada pendapat peribadi aku, skor dan kesan bunyi The Evil Dead lebih meresahkan, tapi untuk reboot ni, dua perkara tersebut lebih imersif dan sinematik, menjadikan filem yang shot-nya agak claustrophobic ni menjadi seram yang teramat lain macam! Lebih banyak bulu roma naik!

Akhir kata, aku secara peribadi nak kasi pelempang sama penonton francais ni yang habaq yang original punya lebih maha daripada reboot ni. Bagi aku Evil Dead generasi lama dan baru dua-dua ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi agak tak adil nak bandingkan mereka ni semua; mana taknya, banyak sangat kekangan dari sudut bajet dan teknologi zaman dulu dan zaman sekarang. Kesimpulannya, Evil Dead oleh Alvarez ni sangat menghiburkan dan berjaya menjadikan aku lebih lelaki (sebab aku memang tak berapa lalu nak tengok filem yang terlampau ganas dan menjijikkan ni sebenarnya). Tahniah Alvarez, Raimi, Robert Tapert, dan Campbell di atas reboot yang aku rasa agak berjaya ni!

P/S: Lagi satu nak bagitau. Bagi aku Mia Allen sememangnya ada kekuatan untuk menjadi counterpart wanita kepada Ash Williams. Oleh itu, aku harap sangatlah filem crossover naratif Ash dan Mia yang dirancang tu betul-betul berlaku. Now, come to daddy, Ash vs. Evil Dead!

No comments: