20120811

Sebuah reviu buku: 'Senorita'


Asal: Malaysia
Bahasa: Melayu, Inggeris
Karya: Alyssa Sobree, Aqilah Remlee, Adinda Atie, Cherry, come on, Dyra J, Esah Ezral, Fiq Rashid,
Kaka Prwn, Lara Hani, Naana Dean, Najwa Amirah, Neb Dagga, Para Jamaludin, Sheera Shaza,
Yaya Alyahya, Zeti Noraini
Editor: Kaka Prwn
Kategori: Puisi / cerpen / lontaran kata
Format: Zine
Rilis: 2012

Lagi review! Adoi.

Setelah sekian lama aku beli zine ni kat Pasar BOCO! #5 awal tahun ni, akhirnya beberapa hari yang lepas (yakni sehari atau dua hari sebelum aku habiskan baca Memoir Bukan Memoir), aku berjaya khatamkan zine berjudul Senorita ni.


Perkataan 'senorita' ni tak silap aku perkataan bahasa Sepanyol. Lepas tu, Merriam-Webster cakap senorita ni gelaran untuk wanita Sepanyol atau wanita yang bercakap bahasa Sepanyol yang tak kahwin lagi. Pedulikanlah. Tapi, yang penting, nama zine ni langsung tak misleading. Zine ni adalah koleksi chick-lit 16 penulis wanita muda tentang isi hati mereka dalam bentuk puisi, cerpen, dan kuotasi. Yeah. Dah tak ada benda lain nak terangkan di sebalik rasional penamaan zine ni.

Mungkin sebab aku lelaki, kadang-kadang (sebenarnya, hampir semua) memang aku tak masuk apa yang depe ni cuba nak sampaikan. Bila aku baca zine ni, aku confuse kejap; perempuan ni complicated ke tidak? Itu yang buatkan kaum Hawa ni complicated. Sebab majoriti kandungan zine ni bertemakan keindahan cinta, betapa kelamnya cinta, masalah perhubungan antara lelaki dan wanita, dan kekacauan emosi. Jarang sekali aku nampak karya tentang sudut lain kehidupan dalam zine ni; pasal masyarakat ke, pasal masalah sosial ke. Kalau ada pun, cuma untuk metafora atau allusion bagi melambangkan masalah emosi depe semata-mata. Tapi, ada jugalah karya deep yang susah juga aku nak tafsir ikut pemahaman aku ni, contohnya macam Cerun Ad Solis karya Fiq Rashid. Karya muhasabah diri pun ada juga (yang aku agak suka), macam of war, shadow and dogs oleh Neb Dagga (bukan sebab dia bahasa Inggeris semata-mata, tapi dia betul-betul semacam menganalisis diri kalau ikut pemahaman aku).

Secara keseluruhannya... zine ni ada promise. Bolehlah. Sebab sesetengah tu pandai mainkan bahasa dengan cantik sekali, walaupun pengisiannya masih kelam.  Ada juga yang terlalu mencuba. Biasalah, dah lumrah penulisan indie, kan? Anyway, kepada para wanita kat luar sana yang memerlukan 'kawan' untuk menemani emosi korang yang kacau, then zine ni sememangnya untuk korang. Kalau si lelaki pula nak beli dan baca zine ni sebab nak faham cara depe berfikir, aku rasa berusaha keras untuk convince kaum wanita untuk tak berselindung dalam nak meluahkan perasaan depe lagi berbaloi. Kalau korang nak beli untuk mempelbagaikan perspektif hidup... pun boleh juga. Aku rasa aku nak beli juga isu kedua zine ni kalau ada rezeki untuk tengok perkembangan depe; ada ke tidak.

Apa-apahal, kalau korang berminat, bolehlah melawat Facebook page dan Twitter depe untuk maklumat lanjut macam mana nak dapatkan.

Sekian.

P/S: Aku beli dan baca pun sebab Alyssa, salah seorang penulis 9Belas Zine terlibat dalam projek ni. Ihik.

No comments: