Asal: Malaysia Bahasa: Melayu, Inggeris Karya: Pekin Ibrahim Kategori: Bukan fiksyen Format: Biografi Rilis: 2012 Penerbit: Merpati Jingga |
Entah kenapa aku sekarang angin nak review je. Haha.
Siapa dah tengok filem Bunohan, rasanya kenallah siapa Pekin Ibrahim ni. Watak Bakar yang dia main tu kan macam nokharom complicated dan sangat kejam tapi discreet. Bila aku tahu yang dia ni ada tulis buku pasal diri dia, memang syoklah aku. Aku nak tahu juga kalau-kalau isi kandungan buku ni ada tercatat sikit pasal watak tu dan motivasi dia dalam memegang watak kompleks macam tu atau pendapat dia sendirilah pasal filem Bunohan tu sedikit sebanyak. Tapi, disangkal baik punya tanggapan aku. Ini rupa-rupanya retelling kisah hidup dia daripada dia muda remaja sampailah umur awal 20 tahun macam tu. Memang tak ada sebut langsung pasal keadaan kerjayanya sekarang (tu pun adalah sikit dekat prakata oleh kawan-kawan yang mengenali di awal buku, tapi sikit sangat).
Bila aku dah baca Memoir Bukan Memoir, walaupun aku dapat tahu yang memang susah juga nak hidup sebagai anak seni lagi-lagi kat Malaysia tercinta ni melalui pahit manis yang dia dah lalui; dari dia selamba badak duduk kat KL lebih lama dari yang dia sangka sampailah dia dapat gig terbesar dia setakat yang tertulis yakni dapat jadi watak utama dalam filem VCD Pendekar, aku rasa masih tak terkesan sangat. Tak tahulah aku ni hati keras ke apa, tapi itulah... aku rasa disebabkan segala memori awal dia nak dibukukan, dia cuba untuk menulis dalam gaya bahasa semi-sastera dan semi-pop yang sangat tak konsisten kemungkinan sebab dia yakin bahawa pembacanya confirm budak-budak yang bajet atau memang deep dan artistik. Pasal tulah aku tak berapa nak feel sangat apa yang dia dah catatkan kot. Aku rasa kalau dia dapat sustain gaya bahasa daripada beberapa bab awal dalam buku ni sampai habis, aku rasa memang akan jadi sangat menarik untuk buku ni dihayati. Bukan takat tu je, walaupun ni benda remeh, tapi banyak juga typo yang aku dapat kesan dan kesilapan tanda bahasa dekat dalam buku ni. Aku harap kalau masih dapat sambutan dan ada cetakan kedua, tolonglah pihak penerbit revise balik isi buku ni, sebab sangat sayang kalau buku yang nampak sangat profesional buatannya ni ada banyak masalah remeh macam tu.
Celah pembahagian bab pun sama juga tak konsisten. Maksud aku, bukan semua bab dia cerita pasal diri dia. Instead, kadang-kadang tu ada juga dia selitkan pemikiran picisannya dalam penuh satu bab. Dia macam nak banyakkan bab je aku tengok. Isi hidupnya memang ada, tapi tak berapa nak komprehensif. Sayanglah macam tu, sebab dia ni ada potensi besar untuk dijadikan role model buat korang dekat luar sana yang nak sangat jadi seniman dekat Malaysia ni lepas kita tengok apa yang dia boleh buat dalam Bunohan. Tapi kan, otak ni scumbag juga kadang-kadang; suka-suka hati dia je nak lupakan sesetengah memori tu untuk didokumentasikan nak bagi orang baca, kacau je semangat dia nak menulis. Aku rasa itulah sebabnya kot memori dia nampak macam tak lengkap (cuba untuk bersangka baik).
Nasihat aku, kalau korang nak jugak beli Memoir Bukan Memoir ni dan nak ditambahkan dalam koleksi biografi seniman yang korang dah ada mungkin tak sesuai. Kalau nak masukkan bawah kategori bacaan umum tu mungkin boleh. Tak tahulah korang nak rasa kejam ke tidak ulasan aku ni, tapi itulah yang aku rasa pasal buku ni. Tapi yang pasti, memang aku tak sangka Pekin ni pernah dan masih berkawan dengan siapa. Kalau nak tau siapa kawan-kawan dia tu, pinjam dari kawan atau belilah buku berharga RM30 ni. Mana boleh kasi spoiler doh.
P/S: Aku beli buku ni pun kongsi duit kot dengan kawan aku. LOL.
No comments:
Post a Comment