Asal: Malaysia · Bahasa: Melayu Pengarah: Faisal Ishak Penulis: Anwari Ashraf Hashim, Ashraf Zain Genre: Aksi, fantasi · Rilis: 8 September 2016 Pelakon: Izzue Islam, Alif Satar, Juliana Evans, Man Kadir, Kaka Azraff Info lanjut: IMDb |
Seperti biasa, filem ni buat aku tertarik sebab? Poster. Tapi, bukan poster biasa; pre-teaser poster dia. Dan pada pre-teaser poster tu tajuk asal filem ni 7 Dimensi Alif.
Bila nampak teaser-nya macam ni, aku dah bayangkan visual yang sangat menarik dengan rekaan makhluk-makhluk fantasi yang juga menarik, ditambah dengan protagonis yang acah-acah langsi dan penuh misteri tapi power gila. Itulah apa yang aku nampak dan dapat pada filemnya. Aku tak berpeluang nak baca komik filem ni yang merupakan prekuel, tapi dari segi kronologi, komik tu timeline dia masa Aliff baru je mewarisi saka tu semasa dia di asrama. Nampaknya konsep dari poster pre-teaser ni berjaya jugak diterapkan dalam filem akhir, dan apa aku boleh cakap, ini eksperimen yang baik daripada team produksi AD7D ni dan yang best, apa yang aku harapkan dari poster tu pun ada jugak pada watak utamanya dan keseluruhan penceritaannya... kecuali skema warna hijau tu, sebab filem ni lebih kebiruan. Lepas tu, Faisal Ishak, pengarah trilogi filem Juvana serta siri drama TV-nya pulak yang bertanggungjawab mengarah filem ni.
Filem ni jauh dari yang terbaik, tapi ideanya sangat segar bagi industri kita. Oh, reviu ni ada SEDIKIT SPOILER, tapi aku rasa takkan ganggu pengalaman korang yang belum tengok kot.
Filem ni berkisar tentang Aliff (Izzue Islam), seorang budak yang susah nak bergaul dengan sesiapa, kecuali kawan sebilik di universitinya, iaitu Naim (Alif Satar). Kalau ada kawan lain pun, namanya Anna (Julianna Evans), sekutu si Naim, di mana kerja Anna dan Naim ni dok cari pasai kejar entiti paranormal (a.k.a. hantu!) demi kajian tesis si Anna tentang 'string theory' yang melibatkan... 7 dimensi alam lain yang kita tak nampak, dan Aliff ni kebetulan boleh nampak benda-benda halus ni disebabkan saka yang diwarisinya. Dia terpaksa gunakan saka tu untuk melindungi alam manusia daripada gangguan entiti ni semua.
Filem ni jauh dari yang terbaik, tapi ideanya sangat segar bagi industri kita. Oh, reviu ni ada SEDIKIT SPOILER, tapi aku rasa takkan ganggu pengalaman korang yang belum tengok kot.
Filem ni berkisar tentang Aliff (Izzue Islam), seorang budak yang susah nak bergaul dengan sesiapa, kecuali kawan sebilik di universitinya, iaitu Naim (Alif Satar). Kalau ada kawan lain pun, namanya Anna (Julianna Evans), sekutu si Naim, di mana kerja Anna dan Naim ni dok cari pasai kejar entiti paranormal (a.k.a. hantu!) demi kajian tesis si Anna tentang 'string theory' yang melibatkan... 7 dimensi alam lain yang kita tak nampak, dan Aliff ni kebetulan boleh nampak benda-benda halus ni disebabkan saka yang diwarisinya. Dia terpaksa gunakan saka tu untuk melindungi alam manusia daripada gangguan entiti ni semua.
Plotnya bagi aku agak samar-samar dan tak ada hala tuju yang jelas, semacam hanya framework untuk satu siri fiksyen, tak kiralah dalam bentuk komik, novel, siri animasi, atau filem, dan dari gaya filem ni berakhir, macam depa hint akan ada sekuel je. Kita tengoklah macam mana. Tapi, menarik juga depe bermain dengan teori fizik kompleks yang betul-betul wujud tapi aku sendiri tak faham (sebab baru je Google) bernama 'string theory' tapi diadaptasikan mengikut keperluan plot filem ni. Menarik gila kat situ bagi aku, dan membuatkan filem ni ada sedikit kredibiliti bagi para cendikiawan filem untuk buat tesis pada filem ni. Sayangnya, 7 dimensi yang dikatakan tadi tak pula diketengahkan... atau mungkin ada kat prekuelnya. Ke... tak ada langsung sebab 'string theory' tu sendiri tak ada penyelesaiannya? Sebab tu kot.
Kalau dari segi mood filem ni, dekat sini aku rasa pendekatannya segar. Sebab biarpun sedikit-sebanyak berlandaskan kisah-kisah hantu di Malaysia (adalah juga toyol, penanggal, pocong, lepas tu apa entah lagi), tapi jauh sekali menggunakan teknik filem seram yang tipikal, biarpun entiti hantu yang ditonjolkan tu rekaannya masih berjaya menakutkan aku. Filem ni lebih kepada aksi dan fantasi, di mana Aliff banyak menghabiskan masanya bertumbuk dan menendang (dan sekali-sekala menembak) makhluk halus di mana segala pukulan tu disalut dengan bacaan Ayat Qursi di sekelilingnya, instead of dok hembus-hembus lepas tu acah-acah airbending ala siri kartun Avatar sambil terkumat-kamit membaca ayat al-Quran. Ada satu babak ni rilek je, dan mengingatkan aku pada satu babak dalam filem Hansel & Gretel: Witch Hunters.
Dari segi pembikinan, memandangkan filem ni melibatkan banyak makhluk halus, akan ada CGI dan efek praktikal digunakan dalam menghidupkan makhluk acah-acah yang pembikinnya dah buat. CGI dia... agak hampeh. Tapi, tak apa. Pembikin pandai tutup kelemahan CGI tu dengan editing yang boleh tahan mantap dan pemilihan teknik kamera dan shot yang padu. Malaysia masih hijau dalam pembikinan CGI sejelas macam ni (ya, KRU, hang jangan ingat CGI hangpa power sangat ya), jadi nak kecam lebih-lebih tu tak adil. Untuk bajet bernilaikan mata wang Malaysia, bagi aku efek visualnya agak bagus dari segi rekaan dan konsep, tapi bukan kualiti. Tak apa, nanti cuba lagi ya. Dari segi skor, aku dapat rasakan yang filem ni banyak juga pengaruh anime (baik filem mahupun siri TV) yang berorientasikan aksi, membuatkan semua babak aksinya berdebar untuk ditonton. Oh ya, lagu Modescape tu memang cara!
Sekarang, lakonannya. Aku tak ikut sangat karier Izzue Islam ni, tapi pada yang ikut, ramai yang kata lakonannya dalam AD7D ni telah berjaya memecahkan type-casting-nya sebagai mamat jambu dan kini menjadi watak yang kompleks dan banyak konflik dalaman. Sanggup melekitkan mulut dengan air liur semata-mata nak bagi lakonan dia meyakinkan. Power! Alif Satar sebagai Naim bagi aku seimbang lakonannya; tak terlalu bodoh dan tak terlalu gelojoh. Julianna Evans pulak, lakonannya biasa ja, tapi bila dia bercakap aku rasa off (ok ni komen aku pasal dia secara general, jadi baik aku berhenti pasal dia kat sini je). Man Kadir a.k.a. Pak Jabit pula sebagai Pak Zain? Watak dia ni sangat menarik sebab dia dari entah mana tiba-tiba je jadi orang tua bergaya yang bagi nasihat kat anak muda tu, dan bagi aku lebih penting berbanding... Izreen (Kaka Azraff) yang hanya wujud dalam filem tu untuk nampak lawa. Kaka tak layak sebenarnya ada kat poster tu, tapi nak buat macam mana? Marketing, kan? Biarpun marketing Pak Jabit cemerlang di hati rakyat, nama Kaka Azraff lebih 'komersial' kot? Lantaklah.
Secara tuntasnya, filem ni aku rasa memang satu percubaan berani yang menarik bagi pihak Faisal Ishak serta Astro Shaw. Bagi aku umpan "filem seram" ni akan mengena, sebab filem ni ada hantu, jadi confirm adalah juga keinginan nak tengok tu, dan akan dapat lebih daripada apa yang mereka jangka. Apa lagi? Silalah berkejar ke pawagam dan tonton filem ni pulak. Aku harap filem ni tak menempah kontroversi tanpa sebab macam filem Pekak dahlah. Atau... akan ada?
No comments:
Post a Comment