 |
Asal: Malaysia
Bahasa: Melayu
Pengarah & lakon layar: Mamat Khalid
Genre: Komedi / aksi / seram
Pelakon: Awie, Soffi Jikan, Shuk, Shy8 (Usop Wilcha)
Rilis: 20 Mac 2014
Studio: Enjit Semut Productions
Pengedar: Tayangan Unggul |
Fuwah! Lama gila tak ulas filem aku tonton kat pawagam! Last ulasan filem yang aku rajin nak buat untuk filem aku tonton kat pawagam pun... KL Gangster 2; itu pun tahun lepas! Nampak tak berapa lama aku tak tengok filem kat pawagam? Kos hidup, brader... dan jugak kesihatan aku. Banyak tengok filem kat hard drive je since then. Tu pun aku malas nak ulas. Entah kenapa. Tengoklah. Karang aku rasa nak reviu semua yang aku dah tengok tu, aku buatlah. Tapi sekarang ni punya cerita, dalam tahun ni aku dah tengok empat filem kat pawagam. Ini adalah filem pertama yang aku tonton tahun 2014 ni. Kejap lagi (atau lambat lagi, entahlah) akan ada reviu susulan, yakni terhadap dua filem yang aku tonton pada hari yang sama, dan mungkin juga filem yang aku tonton 7 Mei lepas, tapi dalam Bahasa Inggeris-lah, sebab filem Amerika yang aku tonton.
Lebih kurang beberapa hari selepas filem Zombi Kilang Biskut / ZKB ni dirilis, aku pergi menontonnya berseorangan atas dasar tak nak orang yang ikut aku nanti meraung; biarlah aku sorang je yang rasa sekiranya filem ni mengecewakan (sebenarnya sebab kakak aku kerja, adik aku ada internship, aku tak ada geng nak tengok sekali, dan aku teringin sangat nak tengok wayang sorang-sorang). Aku secara jujurnya tak mengharap sangat pun follow-up kepada zombie-arc mitologi Kampung Pisang si Mamat Khalid ni. Aku tengok Zombi Kampung Pisang / ZKP dulu pun ala kadar je, tapi masih terhibur disebabkan pengarah ni berani mengetengahkan makhluk zombi yang asalnya dari Hollywood ni ke ke industri layar perak tempatan... albeit dalam bentuk komedi disebabkan look-and-feel ZKP ternampaklah sangat B-movie (masa ni, B-movie pun aku tak tau amende), selain keinginan aku nak tonton Awie yang masa tu baru-baru je badan berketak tiba-tiba landing watak filem komedi, sebab watak-watak dia sebelum ni hampir sentiasa serius, jambu, dan jiwang, sehinggalah dia dipanggil berlakon Baik Punya Cilok, jadi projek dia yang seterusnya mestilah menarik. Aku sebenarnya lebih teruja menunggu filem Mamat yang lagi satu, yakni Apokalips X (yang tak sempat aku nak tengok kat pawagam... sedih!).
Anyway, berbalik kepada repekan dan pandangan aku tentang pengalaman menonton kerja terbaru Mamat Khalid ni. Aku rasa memang bijaklah aku berkeputusan untuk tonton filem ni sorang-sorang, sebab sememangnya filem ni agak mendukacitakan. Tak taulah aku nak salahkan En. Hassan Muthalib ke salahkan diri sendiri sebab percayakan dia yang sangat galak mempromo filem ni even sebelum filem ni siap dekat Facebook dia. Atau aku ni je poyo sangat. Entahlah. Ok, ok. Mari kita reviu.