Hah. Inilah dia filem-filem yang aku kata aku nak reviu sebelum ni sebenarnya. Lama sangat dah aku tunda. Filem-filem ni walaupun aku dah lama tonton, tapi tak keluar lagi kat pawagam masa reviu ni ditulis. Tapi nak kata aku ni bertuah, tak juga. Sebab filem-filem ni bukannya cinema-worthy pun. Tapi sekurang-kurangnya filem yang ada hantu macam samurai tu lagi sedaplah untuk ditonton berbanding yang motorsikal satu tu. Nanti aku bagitau pasai pa, na.
Seperti yang dapat dibaca dalam
poster promosi di atas, aku telah dipaksa (YA, DIPAKSA) untuk menonton
filem-filem ni (sebenarnya Mana Mau Lari je yang aku terpaksa
tengok disebabkan oleh kesalahan informasi yang kemungknan besar disengajakan sebab aku ingat markah aku akan dipotong kalau tak
tengok; tiket dia pulak 2-dalam-1, jadi terpaksalah tengok sekali Hantu Tok Mudim!) yang dipakejkan sebagai majlis Malam
Apresiasi Filem 2013 sempena hari anugerah Malam KaryaOne 2013 (aku masih tak boleh
terima kehodohan nama ni!) yang katanya nak menghargai
karya-karya kreatif para pelajar UiTM (dulu untuk pelajar fakulti aku
je, tapi depe kasi pulak semua UiTM masuk sekali tahun ni).
Maklumat pasal tayangan ni ada dalam poster kat atas.
Tanpa melengahkan masa, inilah dia pandangan aku tentang dua filem tempatan akan datang ni.
AMARAN: SPOILER ada BANYAK GILA! Serius!
Tanpa melengahkan masa, inilah dia pandangan aku tentang dua filem tempatan akan datang ni.
AMARAN: SPOILER ada BANYAK GILA! Serius!
Mana Mau Lari
Pengarah: Abdul Razak Mohaideen
Penerbit: Abdul Latiff Mohaideen
Penulis: Ahadiat Akashah
Pelakon: Tauke (Jambu), Yasin, Shuk (Balas), Alif Yasraff, Saiful Apek
Genre: Komedi / pengembaraan
Hari tontonan: 20 Jun 2013
Rilis: 27 November 2014
Studio: Line Clear Motion Pictures
Pengedar: Tayangan Unggul, Astro Shaw
Cerita ni... penuh ironi. Orang putih kata 'the name says it all.'
Sungguh. Aku macam taknak cakap apa-apa pun pasal filem ni, tapi kena
jugak sebab aku nak bagitau yang filem ni langsung takkan memanfaatkan
masa menonton dan duit korang; walaupun sebagai penghilang stress... sebab korang akan LAGI
stress kalau tonton filem ni disebabkan sifat terlalu mencubanya yang
sangat ketara. Dah lama sangat aku tunda nak reviu filem ni sampai aku
terlupa nama watak-watak dia.
Tapi,
bagi aku secara kasarnya, filem ni nak cuba meyakinkan aku bahawa filem
ni ada plot, watak, dan perwatakan, sebab watak si Tauke, yang
merupakan ketua self-proclaimed sekumpulan pembawa motorsikal Harley
Davidson (yang dok dibanggakan sebab al-maklumlah...
HARLEY-EFFING-DAVIDSON SPONSOR BAI!) ni nak dijadikan cerita kena rembat
bila geng ni pergi bercuti sebab nak raikan si Tauke yang menang dalam satu perlumbaan motocross. Maka bermulalah 'pengembaraan' depe
pergi mencari jejak motor yang hilang ni sampai asyik sesat dan tak
jumpa-jumpa pun motor tu.
Itu
jugaklah yang apa aku rasa masa menonton filem ni; sesat! Filem ni tak
ada matlamat yang konkrit! Macam dia nak jadi semua benda; filem seram
pun dia (dua kali jumpa hantu; kat dalam atmosfera dan keadaan yang
terlalu sama pulak tu!), filem misteri pun dia (uuuh~ kereta tak ada
pemandu terhuyung-hayang atas jalaaaan~!), filem komedi pun dia (komedi
spontan tu memang seronok kalau buat sekali-sekala dan bukan sepanjang
masa)... tapi yang dia promo-kan sebagai 'pengembaraan' dan jiwa bikers
Harley Davidson tu yang aku tak nampak. Semacam subplot
yang aku sebutkan ni hanyalah sekadar pemanjang dan penghias cerita
semata-mata yang tak
membantu pun kita untuk mengenali watak-watak filem ni serta situasi
yang depe alami dalam filem ni, bahkan tak ada kaitan dan kena-mengena
pun dengan jalan ceritanya.
Celah kekurangan pendedahan terhadap budaya bikers tu aku tak reti nak cakap sebab aku memang tak ada pengalaman dan pengetahuan pasal benda tu. Tapi, celah pengembaraan tu aku bolehlah cakap sikit. Setau aku, dalam satu-satu pengembaraan tu, ada perkembangan dan pengajaran yang diorang dapat daripada semua tu. Tapi dari mula sampai habis, aku rasa langsung diorang tak belajar apa-apa (lagi-lagi dalam subplot depe jumpa hantu dua kali tu... langsung tak ada tujuan); sebab di pengakhir ceritanya, motor si Tauke tu hilang lagi sekali, dan diorang kena cari lagi sekali. Walaupun dengan senang-lenang dalangnya reveal siapa dirinya tanpa berselindung dan senang-lenang pergi mengaku dia yang curi, macam mana motor tu dihilangkan masih tak diterangkan dengan jelas dan buat orang tepuk dahi lebih daripada merasakan yang pencurinya tu hanyalah nak prank si Tauke ni je sebenarnya dengan tujuan nak mencalarkan kelangsiannya.
Untuk menambahkan lagi komedi kononnya, filem-yang-orang-gila-senang-nak-faham-tapi-menggatal-nak-jadi-sofistikated ni diberikan seorang narator untuk 'menggerakkan' jalan cerita. Narator dia pulak terlalu mencuba untuk break-the-fourth-wall yakni interaksi seakan-akan secara langsung terhadap dunia sebenar tapi watak atau sesuatu keadaan tu masih berada dalam konteks universe filem tu. Dalam filem ni, konsep tu diolah dengan menjadikan naratornya berkebolehan mengawal perjalanan cerita dengan dok rewind/pause/play/flashback naratif sesuka hati dan asyik bercakap dengan watak dan penonton filem ni. Tapi narator tu semacam tak nak bagi peluang langsung visual dan dialog watak bercerita; ada je benda nak supplement, biarpun terang, jelas, dan nyata orang boleh faham apa yang sedang berlaku dalam satu-satu babak tu. Kalau cerita ni plotnya berat dan ada terlalu banyak subplot yang susah nak settle tak apa juga; masalahnya, semua benda dah tertepek jelas dekat skrin tu. Mende weh? Mende?
Sebenarnya, banyak lagi kelemahan yang aku nampak, tapi aku taknak cakap. Aku rasa dia sendiri tau apa dia cakap, tapi dia sendiri taknak ikut (sebenarnya, hampir semua yang dia habaq kat pelajar dia mana dia nak ikut sangat). Haih.

Dahlah!
Nampak tak aku sendiri sesat bila mengulas filem ni? Mana mau lari?
Pusing-pusing, aku akan cakap jugak yang memang ada banyak filem lain
yang korang boleh tonton di masa akan datang! ELAK DARI MENONTON FILEM
NI BILA DAH KELUAR NANTI! Filem lagi satu tu pulak... lain ceritanya.
Hantu Tok Mudim
Pengarah & penulis: Waan Hafiz
Penerbit: Zarina A. Rahman
Penerbit: Zarina A. Rahman
Pelakon: Izzue Islam, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, A.R. Badul, Adrea Abdullah
Genre: Komedi / seram
Hari tontonan: 21 Jun 2013
Rilis: 21 November 2013
Genre: Komedi / seram
Hari tontonan: 21 Jun 2013
Rilis: 21 November 2013
Studio: Showbiz Productions
Dahsyat
betul kreativiti pengarah filem ni; maksud aku, jenaka punai, atau nama
Bahasa Inggerisnya 'dick jokes', dijadikan filem untuk tontonan umum
dengan menggunakan konsep berkhatan untuk menyelindung hasrat
sebenarnya! Aku dahlah suka 'dick jokes'! Dan filem ni
sememangnya bagi aku apa yang aku sukakan tu... tapi masih dalam rating
P13! Takkanlah filem ni akan dapat rating 18 kot, sebab aktiviti
berkhatan tu sendiri untuk BUDAK-BUDAK, ye dok? Bukan setakat tu je,
filem
ni jugak banyak mengambil semangat filem berbajet rendah a.k.a. B-movie
dan juga stail amatur pelajar universiti yang ada keghairahan nak bikin
filem tapi dibuat secara tak terlalu serius sebab tak cukup bajet!
Bunyi macam aku mengutuk, kan? Tapi bagi aku, inilah apa yang aku
nampak, dan stail ni memang sangat sesuai dengan filem ni.
Premis
filemnya gini; kat Kampung Seri Menawan, tinggallah seorang Tok Mudim
(Harun Salim Bachik) yang gila lejen disebabkan oleh teknik berkhatannya
yang sangat tak konvensional. Tapi, kredibilitinya tercabar bila dia
ditugaskan untuk mengkhatankan anak Tok Penghulu (A.R. Badul) bernama
Borhan (Izzue Islam) yang dah besar gajah gara-gara dia nak kahwin
dengan gadis impiannya Salmah (Adrea Abdullah). Kegagalan dalam membuat
kerjanya tu menyebabkan dia terkorban dengan tragis sekali. Rohnya pulak
tak aman, jadi dia bersumpah untuk mengkhatankan semua penduduk kampung
yang masih belum dikhatankan lagi
olehnya walaupun dah jadi hantu.
Aku
rasa pengarah filem ni tau yang kita ni dah biasa mendengar dengan
kisah-kisah dan gelagat budak-budak berkhatan di kampung sana yang masih
menggunakan cara lama, jadi dia rasa tak salah untuk benda tu dijadikan
komedi dan diletakkan pulak elemen-elemen yang aku rasa terlalu absurd
untuk suasana perkampungan Melayu supaya filem ni jadi lebih menarik.
Maksud aku elemen absurd ni ialah dengan meletakkan banyak pengaruh
anime (lebih-lebih lagi pada watak Tok Mudim yang sangat menyerupai
samurai, ditambah pulak dengan koleksi senjata memotongnya yang aku rasa
agak melampau untuk digunakan termasuklah sebilah katana... nak
berkhatan je kot!), budaya pop (pengarah ni aku rasa mesti suka lepak
kat laman web yang seangkatan dengan 9GAG ni... aku pasti!), dan juga
gaya terkini perbualan muda-mudi di Malaysia yang kadang-kadang
veteran-veteran kat kampung dalam filem ni pun guna jugak!
Ya, filem ni bagi aku tak seram langsung walaupun dipromosikan sebagai komedi seram. Mengejutkan, itu yalah kot...
mungkin sebab diorang lebih dipengaruhi oleh teknik filem bergenre
slasher (satu subgenre filem seram yang selalu US buat yang lebih kepada
makhluk/manusia gila yang suka memotong-motong mangsanya) walaupun yang
membunuh tu adalah roh Tok Mudim yang tak aman (ini pula elemen
'supernatural' yang sering digunakan dalam filem-filem di benua Asia). Tapi, sumpah tak seram.
Macam Mana Mau Lari, filem ni jugak menggunakan teknik break-the-fourth-wall. Tapi yang seronoknya, filem ni sendiri sedar yang diri dia merapu. Bagi aku elemen ni lagi sesuai berada kat sini berbanding Mana Mau Lari. Dah nama setting kampung, jadi elemen-elemen kecik tu terlalu banyak dalam filem ni; dengan penduduk kampungnya yang ada personaliti sendiri walaupun ekstra je, dengan watak-watak pembantunya lagi. Jadi, dengan memecahkan dinding keempat tu dan bagi para watak 'menerangkan' apa yang sedang berlaku dalam filem ni terus kepada penonton, senanglah orang nak memahami satu-satu situasi tu dengan keadaan yang lebih santai supaya penonton tau mereka masih dihargai sebab filem tu sendiri yang 'melayan' penonton, oleh itu lebih senang nak faham plotnya. Satu babak yang aku rasa 'what-the-hell' ialah babak di mana angry mob Kampung Seri Menawan cuba nak menangkap Tok Mudim yang cuba melarikan diri; tiba-tiba, babak tu berhenti sekejap sebab Tok Mudim dan angry mob tu penat kejar-mengejar dan siap boleh tanya pulak nak buat apa lepas berehat tu. Ingat tengah rehearsal ke apa? Korang masih dalam cerita kot! Adoi.

Nampak tak filem mana
yang lebih baik dan aku rasa senang nak ulas? Korang rasa kalau dah
buntu sangat nak tonton filem apa bila filem-filem ni keluar kat
pawagam, korang rasa nak tonton yang mana? Buatlah pilihan yang bijak
dan sokonglah industri filem kita. Sekian.
No comments:
Post a Comment