20150820

Sebuah reviu filem: 'Nota' ni patut hangpa take note!

Asal: Malaysia
Bahasa: Melayu, Inggeris, Jepun
Pengarah & penulis: Yasu Tanaka
Penerbit: Bea Tanaka
Genre: Drama / thriller psikologikal
Pelakon: Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan, Rin Izumi
Rilis: 13 Ogos 2015
Studio: 42nd Pictures
Pengedar: Empire Film Solutions

Salam sinema (Norman Yusoff, et al., 2015)! Dah kenapa aku buat citation ni. Ni bukannya assignment! Anywhore...

Aku ni dah lama tak tulis reviu kat blog aku sendiri sebenarnya sebab aku syok tenggelam dalam arus kumpulan penagih filem dekat Facebook. Macam-macam jenis pengetahuan pasal filem aku tau kat situ, lebih dari apa yang aku belajar dalam sekolah filem aku. Nokharom. Bahaha! Eh, silap. Meh buat mukadimah reviu dulu.

Fuih. Berapa kali dah kemunculan semula aku nak buat ni. Filem terakhir aku reviu pun dah tahun lepas. Bapak! Filem Alexander and the Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day pulak tu (haram jadah rajin pulak aku taip tajuk penuh dia). Filem bodoh je pun, tapi yang masih menghiburkan. Memang escapism habis. Tapi, filem yang ada Maya Karin kat poster (hai, awak!) boleh kira macam versi ringan kepada filem paling hipster yang tak mengaku dia hipster, Bunohan, arahan Dain Said (pasai apa aku cakap gini, teruskan membaca). Mari aku reviu filem Nota, yang baru keluar minggu lepas tapi nak mampus dah tarikh tayang dia (Skim Wajib Tayang untuk filem ni macam tak dapat pengesahan je... kesian!). Nasib baik tergerak hati aku nak tengok satu-satunya showing kat MBO Space U8 11.30 am semalam. Nasib baik jugak aku dan adik aku (NI paling penting sebenarnya!) sangat berpuas hati!

Menariknya, filem ni disutradarai oleh tuan Yasu Tanaka yang berbangsa (ehem, maaf aku cakap benda ni) ex-penjajah negara kita dan diterbitkan oleh bininya Bea Tanaka, yakni rakyat kita! Comel, kan? Laki bini jadi tunjang utama filem ni. Pengarah fotografi dia pun orang import jugak. Susah nak taip nama dia ni, jadi korang bolehlah kot zoom-in poster kat sebelah ni kalau korang kisah apa dia buat kat visual filem ni.

Baiklah. Teruskan membaca, ya? Aku nak reviu dah ni.

Secara asasnya, plot cerita ni pasal hubungan Erin (Maya Karin) dan Kamal (Hans Isaac) yang atas sebab tertentu mempunyai sedikit keregangan. Dengan harapan nak pulihkan hubungan suami isteri depa, depa pergi semula ke tempat depa bertemu dan jatuh cinta... tapi, semuanya berubah bila Erin terjumpa... jeng, jeng, jeeeeeng... sebuaaaaaah... nota! Lepas tu benda lain pulak yang jatuh. Jadi, itulah rumusan plotnya. Nak tau lebih lanjut? Nanti tunggulah kalau-kalau Astro First nak tayang atau keluar DVD nanti, sebabnya korang dikira ahli sihir kalau dapat jumpa waktu tayangan lepas ni.

Baik. Sekarang mari aku mulakan benda yang aku agak berkarat nak buat. 

Kalau korang perasan, aku ada petik nama Bunohan kat mukadimah aku, kan? Sebabnya aku bandingkan filem ni dengan magnum opus Dain Said setakat ni ialah kerana cara Yasu Tanaka ketengahkan filem ni; penceritaan secara visual. Dialog masih ada, tapi tak seberat Bunohan, yang bagi aku sebenarnya memang sengaja diisi berat dengan komentar sosial institusi negara dan masyarakat. Filem ni lebih kepada masalah peribadi individu; ini membuatkan filem ni lebih dekat dengan kita. Isu yang paling ketara kat sini mestilah masalah rumah tangga. Jadi, kebanyakan visualnya, walaupun sebenarnya nak tunjuk gelapnya hidup pasangan ni masa kat KL dan betapa cantiknya Taman Negara Bako, Sarawak masa bahagian vacation dalam filem ni, sebahagian besar daripadanya jugak berperanan sebagai petunjuk ke atas apa yang akan berlaku. Agak pekat jugak bahasa filem dalam Nota ni, tapi aku rasa kalau layman cuba kasi can dekat kerja pengarah fotografi dan penulis skripnya, aku rasa korang akan rasa sangat awesome; korang tengok je prop dan objek yang difokuskan tu pun, dah boleh faham cerita. Tak perlu nak letak dialog meleret. 

Dialog dalam filem ni pun sangat minimalis; dan memang sangat bergantung kepada keberkesanan para pelakon pegang watak mereka melalui mimik muka dan gerak tubuh. 

Visual dia? Subhanallah. Indahnya! Tak ada satu pun yang out-of-place. Semuanya ada tempat dan peranannya dalam filem ni; pokok berduri, signage pasal buaya, shot tengah laut (lagi-lagi formasi batu yang ditepek sekali dalam logo filem ni, damn!), awan mendung/senja, dan sebagainya. Semua tu bukan untuk cantik semata-mata. Semua ada maksud. Macam aku cakap tadi, pengarah fotografi filem ni tau apa dia buat doh! Visual dia pun macam aku cakap pasal dialog tadi; sangat minimalis. Sama dengan shot-shotnya. Ada main sikit je. Tapi editing dan bunyian diegetic dan non-diegetic banyak membantu dalam mencemaskan babak yang perlu dicemaskan, dan tiada editing kalau babak tu memerlukan ketenangan dan keindahan. Tak perlu keterujaan pada setiap babak; hanya pada tempat tertentu. Yasu Tanaka ni tau dia tengah mengarah filem drama psiko, maka drama psikolah yang dia bagi kat kita. Sangat fokus!

Sekarang aku nak cakap pasal lakonan pulak. Bagi aku, Maya Karin ni adalah jugak asas lakonannya. Tak bagus sangat dan tak teruk sangat. Tu nasib baik shot, warna, dan muzik berjaya timbulkan ke-psiko-an si Erin tu dan membantu tutup sikit kelemahan Maya Karin. Si Hans plak, sejak dia jadi best bud dengan Afdlin Shauki, dah susah aku nak bayangkan dia berlakon serius. Ironiknya, English dia aku rasa awkward masa babak dia bercakap dengan skandal dia tu. Yang mencuri perhatian sebenarnya watak arwah Ramli Hassan. Wow. Sarcasm tahap dewa dialog dia. Mimik muka dia pun se-sarkastik dialognya. Personaliti watak drebar bot tu sangat mengancam! Dia orang kampung tempatan dalam filem ni (dan jugak betul-betul sebenarnya; Bako ni pun memang kampung arwah) dan dia berjaya bawak watak dia dengan berjaya sekali. Tutur kata dia sebenarnya adalah petanda kepada peristiwa yang bakal berlaku, tapi dia cakap tu ala-ala gurau senda waktu malam je. Aku tak familiar pulak celah loghat Sarawak ni, tapi cara dia bercakap tu sangat meyakinkan untuk watak penduduk asal bumi Sarawak tu. Sayangnya, dia ni pergi dulu sebelum kita semua. Ada orang cakap, dia ni jarang berlakon filem. Tapi, bila dia berlakon, bukannya filem sampah tau. Innalillah, Ramli Hassan. Semoga tenang kau tau filem terakhir kau ni awesome di sana. Amin.

Akhir kata... aku musykil tentang penerimaan stesen TV pasal filem ni untuk tayangan Hari Raya akan datang, biarpun penghias utama filem ni ialah si jelitawan Maya Karin dan si kacak Hans Isaac. Kalau takat PPV atau VOD lepas lagi ni. Gila. Sangat rugi bagi mereka yang tertinggal nak menonton filem ni disebabkan kesibukan hidup (ini aku maafkan) dan scepticism yang tinggi terhadap filem Malaysia tapi lebih memilih untuk tonton sampah Hollywood (aku tengok hang ni, Fant-4-Stic; dan ini alasan paling aku rasa nak hukum bagi mereka yang telah melakukannya!). Filem ni sangat berfikiran ke hadapan kalau kita lihat dalam konteks industri kita sahaja. Serius. Paling similar pun dengan Bunohan; tapi persamaannya terhenti dekat teknik penceritaan yang visualistik sahaja. Benda lain, sangat bijak diolah! Cerita pasal curang jugak, tapi tak adalah macam dalam novel cintan haram Melayu tu!

Serius. Kalau dapat tengok, tengok! Nota ni patut hangpa take note!

P/S: Terima kasih kepada seorang ahli group Movie Addict yang aku tak ingat nama dia siapa (maaf ye; group tu beribu ahli kot!) sebab pi gatai tunjuk trailer filem ni dan menggerakkan hati aku untuk menyokong produksi yang sangat memerlukan sokongan rakan senegara mereka. Juga berterima kasih kepada Bea Tanaka sebagai wakil kepada sekumpulan manusia berbakat yang menjayakan filem ni yang tak henti-henti secara peribadi menghargai para penyokong mereka! Tahniah! Dan harap rezeki korang dan pembikin filem hebat yang lain mencurah-curah nanti; kalau bukan kat tanah air sendiri, kat luar pun tak apa. Insya-Allah.

P/S 2: Al-Fatihah buat arwah Ramli Hassan. Semoga beliau berada dalam golongan yang beriman. Sebuah warkah yang indah buat arwah, team Nota!

No comments: