20131013

Sebuah reviu buku: 'Under 18: Diari Sivik Yosi'

Asal: Malaysia
Bahasa: Melayu, Inggeris
Karya: Intan Suzana Ahmad [Penulis],
Zint [Ilustrasi]
Kategori:
Fiksyen
Format: Novel ringan
Rilis: Julai 2010
Penerbit: Gempak Starz

Hai, u'olls. Lama I tak merepek dekat blog kesayangan I tau! Disebabkan itulah apa yang I nak ulas ni pun buku yang lama jugak. Mungkin ramai yang dah baca, tapi I je yang lambat kot; tapi, apa I peduli! I nak cakap jugak pendapat I!

Wei, babun. Gelilah tulis macam tu. Haih! Anyway, baru-baru ni aku berkesempatan (dan berduit) untuk akhirnya beli balik apa yang anai-anai dah ambik dari aku sebelum aku dapat habiskan; ya, buku yang aku tepek kat sebelah kanan repekan bertulis aku ni! 

Aku sebenarnya tak kenal siapa penulis ni bila aku baca kulit depan dia. Siapa entah minah Intan Suzana Ahmad ni? Apa kena mengena dia dengan Zint dan GEMPAK? Tapi, lepas aku godek kat tepi sebelah kiri bahagian dalam kulit depan novel ni, rupa-rupanya dia ni penulis slot cerpen Jangan Tutup Lampuuuoooo~! di kala zaman kegemilangan majalah GEMPAK dulu rupanya; Toopai! Dia perempuanlah gila! Baru aku tau! Lama gila tak dengar cerita dia! Tup-tup tiba-tiba je dapat job buat benda alah ni!

Ini merupakan satu interpretasi beliau dalam bentuk penulisan ringan terhadap siri komik yang sekarang dah pun kaw-kaw beranak-pinak, dan yang telah bertanggungjawab mempopularkan kartunis GEMPAK yang aku rasa paling rajin dan paling banyak idea yang tak pernah sama dalam setiap komiknya, yakni Zint (di mana sebahagian visual Under 18 dan Lawak Under 18 era lama turut diselitkan sebagai supplement tambahan terhadap adaptasi ni).

Secara kasarnya, Diari Sivik Yosi ni bukanlah 100% interpretasi siri asal Under 18 dari perspektif Yosi dalam bentuk novel semata-mata; ini lebih kepada penceritaan alternatif terhadap apa yang Zint dah nukilkan dalam edisi asal Under 18. Berikut merupakan apa yang aku rasa pasal adaptasi ni.

Pertama sekali, apa yang patut dipuji ialah kerajinan Toopai dalam memberikan backstory kepada semua karakter ensemble dalam siri komik Under 18 yang asal. Toopai telah membuatkan aku faham kenapalah trio Yosi, Ax, dan Kaio ni masing-masing perangai macam haram ya amat untuk pelajar yang baru nak ambik SPM dan kenapa mereka masih berkawan baik walaupun sebenarnya Yosi pada awalnya memang sumpah tak sebulu dengan Ax dan Kaio. Misteri watak si Maria, kawan kepada Lis yang aku rasa cun walaupun suka cari pasal tu, dan Alan, si lelaki yang langsung tak pandang paras rupa wanita tu pun diberitahu dengan teliti walaupun aku tak mintak sebenarnya. Ini membuatkan mitologi siri asal Under 18 ni jadi lebih berat dan berisi daripada edisi asalnya yang aku rasa terlalu ringan dan terlalu cepat sangat habis ceritanya sebab aku tak dapat nak ambik kisah sangat pasal motif di sebalik setiap perbuatan watak-wataknya.

Peristiwa-peristiwa yang dipilih daripada komik untuk dimasukkan dalam adaptasi ni jugak boleh kata bagus sebab apa yang diorang dah alami tu aku nampak akan dan dah pun dibawak ke depan dalam episod-episod Under 18 yang seterusnya. Tapi ada jugak beberapa episod Under 18 yang tak diselitkan dalam novel ni, mungkin disebabkan oleh sifat filler-nya yang tak sedap kalau digorengkan banyak-banyak agaknya. Memilih Yosi sebagai watak utama pun bagus sebenarnya; sebabnya aku rasa memang dia pun yang patut jadi watak utama Under 18 sebenarnya memandangkan walau dalam komik asal pun memang dia yang menerokai dunia bebudak sekolah di mata Zint, tapi si Ax pulak yang dapat nama sebab dia lebih hensem dan bergaya. Banyak cikadak! Lagi pun bagi aku, memang cerita ni pasal mencari diri sendiri dan sesuatu yang mencabar dalam hidup pada usia mentah, dan kekecutan telur si Yosi ni di awal cerita sememangnya personifikasi tema yang aku cakap tadi! Bagus kerja hang, Toopai!

Haa, sekarang aku nak cakap apa yang aku tak berkenan sangat; yakni masalah latar masanya. Disebabkan aku rasa, bagi pendapat peribadi aku (lagi sekali aku ulang, pendapat PERIBADI!), usaha terdesak pihak penerbit untuk nak jugak mendapatkan audiens yang berumur 20 tahun ke atas yang teringin nak bernostalgia dengan zaman sekolah menengah depe (tak kisahlah pengikut Under 18 ke tidak) melalui pembacaan novel ni, depe pakai sebat je ikon popular remaja semata-mata nak memuaskan hati depe tanpa membuat kajian terhadap kontinuiti era pada zaman komik asalnya dikeluarkan dengan zaman novel ringan ni diterbitkan. Rasa sangat disjointed. Maafkan aku, sebab aku bakal bagi sikit spoiler bagi membuktikan apa yang aku cakap ni; contohnya dalam segmen di mana Ax dan Kaio mengintai Kak Sally, tuan rumah Yosi tengah mandi ketika lawatan mengejut depe ke bilik sewa Yosi. Masa tu, dia ada nyanyi lagu Touch My Body oleh Mariah Carey sedang berkumandang masa dia tengah sedap menyamankan badan dan biji mata Ax dan Kaio di dalam bilik air masa dia mandi. Setahu aku lagu tu mana rilis lagi masa tu? Itu baru satu contoh; ada banyak lagi sebenarnya, tapi ini yang aku ingat. Benda ni memanglah remeh, tapi bagi orang yang sukakan detail sekecik kuman dalam fiksyen panjang ni, perkara macam ni boleh menaikkan angin aku. Sebabnya versi Toopai ni boleh kata awesome jugak, tapi janggallah kat situ sebab rasa kekok sangat bila tak serasi masa dan naratif versi novel ringan dan versi komik.

Dah. Aku dah habis tepu dah nak cakap panjang lebar. Sebagai penutup reviu aku ni, inilah pendapat terakhir aku: aku rasa penceritaan semula siri asal Under 18 ni merupakan usaha yang menarik di pihak penerbit (selain daripada masih lagi nak milk-in jenama Under 18 tu... kihkih!), sebab memang aku tak rasa macam habis pun komik asalnya tu. Masih banyak lagi yang boleh dikembangkan. Under Age yang jadi prekuel kepada Under 18 asal tu pun masih tak dapat nak bagi aku alasan yang kukuh kenapa watak-wataknya buat apa yang diorang buat bila dah menginjak ke usia remaja. Kira baguslah Toopai datang balik untuk mengisi ruang naratif yang terlopong yang aku rasa masih lagi merupakan kelemahan Zint dalam cerita-cerita yang dia dah hasilkan. Terima kasih Toopai, terima kasih Zint, dan terima kasih GEMPAK! Under 18 masih ada sengat... walaupun tak adalah menyengat sangat. Masih cubaan yang baik!

1 comment:

Anonymous said...

Hi, terima kasih atas reviu yang terperinci ini. I'm not sure if this would comfort you tapi sebenarnya dalam manuskrip final saya pada Julai 2008, lagu scene Kak Sally ialah Dreamlover yang released pada 1993. Lagu itu telah diubah kepada Touch My Body (2008) oleh tuan editor (mungkin lagu kegemaran dia ketika itu). Ia di luar pengetahuan saya. Hanya selepas buku dalam cetakan baru saya tahu. Sorry dude, I cringed too reading that part. Haha.

- Intan Suzana Ahmad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...