20160919

Sebuah reviu filem: Kita lebih perlukan 'Rembat' sebenarnya!

Asal: Malaysia · Bahasa: Melayu, Hokkien
Pengarah: Shamyl Othman
Penulis:
Amri Rohayat, Rafidah Abdullah
Genre: Komedi · Rilis: 8 Oktober 2015

Pelakon:
Shaheizy Sam, Aniu, Zizan Razak, Zara Zya,
Sherry Alhadad, Zulin Aziz, Arja Lee, Sam Chong

Studio: Red Films, Marna Films
Pengedar: Grand Brilliance

Aku pernah teringin nak tonton filem ni masa dia keluar di pawagam dulu, tapi tak boleh sebab malas gila, tak ada duit (teehee), dan tak ada kawan. Barangkali sebab biarpun Shaheizy Sam ni ada filem bagus, banyak juga filem tahi yang dia pernah berlakon (ehem... filem-filem Adnan Sempit selepas versi asal, Kasutku Kusut, dan Kongsi contohnya). Kebetulan, memang filem ni keluar dekat-dekat dengan Polis Evo, yang jugak ada Zizan Razak. Aku rasa sebab filem ni filem komedi, nampak pulak posternya ada macam-macam kat atas ni, ditambah pula dengan trailernya yang memaparkan beberapa babak lawak dalam filem ni, merupakan antara resipi-resipi yang bakal membuatkan sesuatu filem tu akan tak laku (bagi pendapat aku). Atau... sebab yang lebih extreme... sebab... rasisme? Huih, kejam!

Terima kasih kepada Pesta Filem KITA kerana tayang filem ni yang dah pun aku miliki secara tak halal yang aku rasa lebih berbaloi kalau tengok beramai-ramai bersama rakyat yang berbilang bangsa, sebab mesej 1Malaysia-nya lebih natural daripada Ola Bola yang cheesy dan overrated tu.

Kalau nak teruskan baca, boleh je. Sebab reviu ni SELAMAT DARIPADA SPOILER.

Filem ni berkisarkan pengembaraan Malik lakonan Shaheizy Sam dan Chin Chye (nice pun!) lakonan Aniu. Mereka berdua ni minat bola sepak Malaysia tapi dalam kapasiti yang berbeza: Malik memang peminat setia, tapi Chin Chye ni ambik kesempatan dengan jadi orang tengah dalam gejala tak sihat semasa game bola yakni betting team mana yang menang atau kalah. Mereka pun ditakdirkan bertemu, dan pertembungan depa berdua ni membawa malapetaka yang bertimpa-timpa bila mereka tersepit di antara pertelingkahan dua figura kongsi gelap Ah Loong (Sam Chong) dan M.R. Baby (Zizan Razak) yang memaksa depa merentas tiga negeri untuk menamatkan konflik yang dihadapi. Amboi, epik betul ayat last aku!

Dari treler Rembat, aku nampak filem ni berkisarkan bola sepak Malaysia, tapi dari angle yang aku rasa fresh sikit: dunia betting! Aku rasa part tu orang terlepas pandang, mungkin? Yang orang nampak hanyalah satu siri babak secara rawak disusun sehinggalah terbentuk satu filem yang tak ada arah tuju? Itu filem Mana Mau Lari! Ya, aku ada nampak banyak persamaan filem ni dan juga filem Mana Mau Lari dari sudut beberapa kejadian yang berlaku dalam filem ni. Tapi, apa yang membuatkan Rembat lebih baik daripada karya hampeh tu ialah setiap kejadian rawak yang berlaku tu penting dalam menggerakkan plot! Memang betul semua kejadian tu memanjangkan cerita, tapi sekurang-kurangnya apa yang terjadi tu takdelah suka-suka je letak! Kalau skip habis semua kejadian tu, maka jadilah filem yang aku rasa akan jadi filem yang serius, maka jadilah re-hash Songlap barangkali yang kebetulan juga dibikin oleh Red Films dan jugak dilakonkan oleh Shaheizy Sam, dan hilanglah sinikalnya filem ni terhadap institusi kongsi gelap dan bahaya berjudi, cari jalan mudah nak dapatkan wang, persoalan nasionalisme, identiti bangsa/agama dan sebagainya.

Dari segi editing dan cara dialog disampaikan, aku rasa macam dua aspek ni bagaikan pasangan suami isteri yang dah lama kahwin dan serasi bersama, sampai dah kenal hati budi masing-masing. Aku kena cakap pasal dua benda ni dalam masa yang sama, sebab aku rasa penting untuk filem random sebegini yang menyelitkan babak-babak merepek yang actually kelakar dan masuk akal dalam konteks filem ni. Semua shot, transition babak, dan dialog tak nampak awkward mahupun terpotong tiba-tba, biarpun kadang-kadang banter di antara Chin Chye dan Malik serta para pelakon tambahan memang laju tindak-balasnya, dan masih berada dalam ruang lingkup apa yang dikejar oleh para protagonis sebabnya semua yang berlaku tu flow dia nampak sangat natural dan tak berlebih-lebih sekiranya tak perlu. Dia merapu, tapi masih fokus!

Dari segi lakonan, aku rasa Shaheizy Sam ni mesti jenis buat kawan dengan co-star dia. Dalam beberapa situasi di mana boleh nampak pertembungan budaya Melayu, aku tak nampak langsung dia rasa menyampah ke apa ke; dia ikut je apa skrip kata, menunjukkan dia ni hormat pada orang lain dan seorang yang sangat profesional. Aniu ni kalau tak silap, ialah pengarah filem Ice Kacang Puppy Love dan jugak pelakon utama filem tu. Disebabkan pengalamannya yang aku cakap tadi, dia bersama-sama pelakon yang memang tengah meningkat naik sekarang ni, berjaya mengawal komedi dan plot sebaiknya tanpa hilang arah tuju, biarpun kadang-kadang dia terlebih berlakon (tapi watak dia memang memerlukan dia buat macam tu pun). Zizan Razak pulak? Ya, wataknya masih melampau seperti biasa, tapi seperti dalam Polis Evo dan BUKAN macam dalam duologi KL Gangster, dia sangat seronok lakonkan wataknya yang aku rasa penting karikaturnya. Watak-watak kecilan yang lain jugak aku rasa memang well-utilised dari segi penggunaan mereka dalam mengisi runtime, berikan kritikan sosial, dan juga menggerakkan plot.

Sebagai penutup, aku rasa aku nak bagi satu unpopular opinion: filem ni LAGI mempromosikan harmoni rakyat Malaysia berbanding Ola Bola. Ya. Sebab, cara penyampaian tema tu dalam Rembat sangat subtle, dan kita lebih senang nak relate disebabkan apa yang ditonjolkan lebih dekat dengan rakyat Malaysia secara individu yang lebih kelabu berbanding Ola Bola yang lebih kepada "apa yang akan berlaku kalau pemerintah kita fikir sepositif aku" yang terlalu berwarna-warni dan susah untuk kita praktikkan. Aku terkilan sebab tak berkesempatan nak beli tiket filem ni. Tapi tak apa, aku masih dapat enjoy filem ni, malahan dapat lebih banyak input pasal filem ni disebabkan kehadiran pengarahnya sendiri ketika tayangan filem ni di Pesta Filem KITA supaya aku dapat lebih memahami apa filem ni cuba nak tonjolkan. Lagi satu karya yang orang mudah hakimi tanpa nikmatinya sendiri. Terima kasih!

1 comment:

Unknown said...

Saya berjaya menonton filem ini di pawagam bersama anak2 dan isteri. Penarik saya kpd filem ini adalah direktornya, anak kpd othman hafsham. Saya amat setuju dgn komen & review tuan. IMHO, Industri filem kita perlukan idea2 kreatif org muda seperti beliau & anak2 yusof haslam. TQ