20140513

Sebuah reviu filem: 'Zombi Kilang Biskut'.

Asal: Malaysia
Bahasa: Melayu
Pengarah & lakon layar: Mamat Khalid
Genre: Komedi / aksi / seram
Pelakon: Awie, Soffi Jikan, Shuk, Shy8 (Usop Wilcha)
Rilis: 20 Mac 2014
Studio: Enjit Semut Productions
Pengedar: Tayangan Unggul
Fuwah! Lama gila tak ulas filem aku tonton kat pawagam! Last ulasan filem yang aku rajin nak buat untuk filem aku tonton kat pawagam pun... KL Gangster 2; itu pun tahun lepas! Nampak tak berapa lama aku tak tengok filem kat pawagam? Kos hidup, brader... dan jugak kesihatan aku. Banyak tengok filem kat hard drive je since then. Tu pun aku malas nak ulas. Entah kenapa. Tengoklah. Karang aku rasa nak reviu semua yang aku dah tengok tu, aku buatlah. Tapi sekarang ni punya cerita, dalam tahun ni aku dah tengok empat filem kat pawagam. Ini adalah filem pertama yang aku tonton tahun 2014 ni. Kejap lagi (atau lambat lagi, entahlah) akan ada reviu susulan, yakni terhadap dua filem yang aku tonton pada hari yang sama, dan mungkin juga filem yang aku tonton 7 Mei lepas, tapi dalam Bahasa Inggeris-lah, sebab filem Amerika yang aku tonton.

Lebih kurang beberapa hari selepas filem Zombi Kilang Biskut / ZKB ni dirilis, aku pergi menontonnya berseorangan atas dasar tak nak orang yang ikut aku nanti meraung; biarlah aku sorang je yang rasa sekiranya filem ni mengecewakan (sebenarnya sebab kakak aku kerja, adik aku ada internship, aku tak ada geng nak tengok sekali, dan aku teringin sangat nak tengok wayang sorang-sorang). Aku secara jujurnya tak mengharap sangat pun follow-up kepada zombie-arc mitologi Kampung Pisang si Mamat Khalid ni. Aku tengok Zombi Kampung Pisang / ZKP dulu pun ala kadar je, tapi masih terhibur disebabkan pengarah ni berani mengetengahkan makhluk zombi yang asalnya dari Hollywood ni ke ke industri layar perak tempatan... albeit dalam bentuk komedi disebabkan look-and-feel ZKP ternampaklah sangat B-movie (masa ni, B-movie pun aku tak tau amende), selain keinginan aku nak tonton Awie yang masa tu baru-baru je badan berketak tiba-tiba landing watak filem komedi, sebab watak-watak dia sebelum ni hampir sentiasa serius, jambu, dan jiwang, sehinggalah dia dipanggil berlakon Baik Punya Cilok, jadi projek dia yang seterusnya mestilah menarik. Aku sebenarnya lebih teruja menunggu filem Mamat yang lagi satu, yakni Apokalips X (yang tak sempat aku nak tengok kat pawagam... sedih!).

Anyway, berbalik kepada repekan dan pandangan aku tentang pengalaman menonton kerja terbaru Mamat Khalid ni. Aku rasa memang bijaklah aku berkeputusan untuk tonton filem ni sorang-sorang, sebab sememangnya filem ni agak mendukacitakan. Tak taulah aku nak salahkan En. Hassan Muthalib ke salahkan diri sendiri sebab percayakan dia yang sangat galak mempromo filem ni even sebelum filem ni siap dekat Facebook dia. Atau aku ni je poyo sangat. Entahlah. Ok, ok. Mari kita reviu.

Mari mula dengan plotnya. Nak bagitau ke tak? Sebab tajuk dia dah bagitau pun cerita ni pasal apa sebenarnya. Template on how things go dalam saga Kampung Pisang si Mamat Khalid ni pun korang dah tau rasanya. Benda yang lebih kurang sama digunakan untuk ZKB ni. Husin kembali dari perantauan, lepas tu lepak kat Kampung Pisang. Kali ni yang pusing sikit pun sebab tiba-tiba dia menganggur, dan dapat pekerjaan kat satu kilang biskut (random, kan?) yang baru je dibuka di Kampung Pisang. Dan zombie outbreak kali ni semestinyalah bermula dari kilang biskut tu... kalau tak, tajuk filem ni mesti lain dah.

Ok. Aku mengaku yang aku punya citarasa lain sikit bila bercakap pasal filem atau apa-apa karya yang sememangnya dibuat tanpa tujuan dan suka-suka; bagi aku nisbah kesampahan, keseronokan, dan social commentary perlu seimbang dalam filem yang menggunakan teknik tribute kepada B-movie macam ni dan yang seangkatan dengannya (macam Hobo With a Shotgun ke, hape ke).

Bagi aku, filem ni terlalu mudah bagi layman nak rasa terhibur. Golongan yang jahil filem, falsafah, dan isu semasa akan terkapai-kapai bila tonton filem ni. Aku rasa parodi main-main ZKP tu lebih menjadi dan berkesan berbanding ZKB ni yang walaupun dari segi visual lebih polished, tapi kandungannya tersiratnya terlalu susah orang nak tangkap, termasuklah aku yang duduk di dalam golongan pertengahan; yang pandai sikit filem, yang adalah jugak reti falsafah-falsafah ni, dan adalah jugak kisah sikit pasal isu semasa. Aku banyak cakap pasal benda ni sebab... bagi aku, aku tak berapa nak nampak cerita dia, melainkan plot utama yang aku sebutkan tadi. Aku nak sebut subplot dia nanti spoiler ah pulak, tapi aku boleh cakap ni lah: subplot dia pun tak kena mengena langsung dengan filem ni.

Dari segi production value, biarpun masih ada feeling B-movie (lagi-lagi bila korang tengok apa yang Husin dah buat kat kereta dia; spikes besi gabak yang nampak sangat bukan besi dan semestinya darah CGI yang mungkin sengaja depe buat out-of-place, dan jugak babak 'tiba-tiba' dekat kelab yang penuh zombie), nampak lebih proper dan mahal sikit berbanding ZKP; lagi-lagi dekat make-up zombies tu yang kali ni nampak lebih realistik.

Hmm... tu jelah aku boleh cakap pasal filem ni. Pendek, kan? Sebab aku tak tau nak cakap apa dah. Macam dia sengaja buat satu filem ni one big-ass cliffhanger, sebab memang dekat end credits ada cakap yang semuanya akan terjawab pada entri terakhir proposed trilogy bagi zombie-arc saga Kampung Pisang si Mamat Khalid ni.

P/S: Maaflah mukadimah berjela, tapi ulasannya ciput je. Orang kata, kalau benda dah betul, nak goreng sangat pun tak guna, ye dok?

No comments: