20130602

Sebuah reviu filem: KIL KIL! DIE DIE! Sebuah reviu 'KIL.'

Asal: Malaysia
Bahasa: Melayu
Pengarah & lakon layar: Nik Amir Mustapha
Penerbit: Tengku Iesta Tengku Alaudin
Genre: Drama / misteri / romantik
Pelakon: Redza Minhat, Cristina Suzanne, Harun Salim Bachik
Rilis: 30 Mei 2013
Studio: Flux Visual Lab
Pengedar: Grand Brilliance


Filem ni aku rasa dah lama gila aku nampak promonya; yakni seawal pertukaran nama saluran Hallmark kepada Diva Universal. Ya, kalau tak silap memang depe kaw-kaw mempromosikan filem ni masa tu. Tapi last-last TAHUN NI baru keluar! Gilalah.

Tak tahulah kena mengena ke tidak, tapi aku rasa tajuk KIL ni mengingatkan aku kepada Ada Apa Dengan Cinta; sebab tajuk kedua-dua filem ni menggunakan nama watak utamanya sebagai pun yang berkait rapat dengan konsep utama filemnya. Kalau korang hebat bahasa Inggeris, aku rasa korang fahamlah yang KIL ni wordplay kepada perkataan apa. Kan? Kan?

PSST! Perenggan seterusnya ni BANYAK SPOILER! Jangan kata aku tak bagitahu tau!

Filem ni pasal Akil (Redza Minhat), seorang pemuda yang nampaknya macam dah putus harapan kat dunia, jadi dia akan asyik cuba untuk bunuh diri tapi asyik tak lepas. Disebabkan asyik tak jadi nak bunuh diri, dia tiba-tiba terjumpa satu agensi yang dikatakan boleh menolong mereka yang nak mampus sangat ni supaya boleh jugak mampus akhirnya dengan bantuan konsultan depe yang bertauliah (dalam kes ni, Akil berjumpa dengan En. Harun [Harun Salim Bachik]). Nak dijadikan cerita, entah macam mana dia akhirnya dapat bercakap dan berkenalan dengan seorang gadis manis bernama Zara (Cristina Suzanne). Terus dia rasa hidup ni bercahaya semula, lepas tu rasa menyesal pulak dia pergi memandai ikat kontrak nyawa dengan syarikat En. Harun tu yang tak boleh nak dibatalkan. Habis hari-hari dia diselubungi ketakutan sambil cerita hidupnya dikupas sikit demi sikit dalam naratif filem ni.

Janganlah korang tertipu sangat dengan interpretasi aku terhadap jalan cerita KIL ni. Hmm, kalau korang nak jugak rasa tertipu, boleh je, sebab mana taknya; isu bunuh diri diangkat sebagai tema filem? Dahsyat! Tapi nasib baiklah Zara yang cun tu terus mewarnai mood kelam yang telah disetkan oleh si Akil. Ditambah pulak dengan subplot-subplot lain yang membuatkan cerita ni masih ceria juga sebenarnya; antaranya macam cerita pengarah yang dilakonkan oleh Hasnul Rahmat tu. Sempat jugak selitkan kritikan terhadap dunia filem Malaysia ye? Gatal tau u'olls! Dan juga, mana boleh lupa cameo-cameo epik tu! Tak boleh! Lagi satu nak cakap pasal Zara dan Akil; memang korang akan terus bandingkan filem ni dengan (500) Days of Summer tapi dengan twist yang sangat berbeza, lagi-lagi dari segi perhubungan dan chemistry antara depe. Kalau korang suka filem tu, tengoklah filem ni jugak!

Aku rasa apa yang menarik jugak pasal filem ni ialah kewujudan agensi yang Akil pergi consult tu, yang dinamakan sebagai Life Action Bureau (atau LAB). Last-last, terus jadi cheesy konsep tu, bila rupa-rupanya depe ni sebenarnya nak membantu mereka yang ada suicidal tendencies ni untuk TAK membunuh diri. Mengingatkan aku kat macam mana Shane Black pergi bermain dengan mitologi asal karakter Mandarin dalam Iron Man 3. Aku rasa perasaan yang aku ada masa tu sama dengan perasaan aku pasal LAB ni. Celakalah. Tapi tak apa. Bagus juga buat macam tu; yang orang ni nak mati awal sangat kenapa? Korang tak nampak lagi kot masa depan. Lepas hujan, mestilah akan terang balik kan? Belum sempat tengok yang cerah, korang dah nak pergi mampus. Rugi, tau! Rugi!

Hmm. Apa lagi nak cakap ek pasal filem ni? Oh ya. PERGILAH TONTON! Filem macam ni yang korang perlu support kaw-kaw! Sekurang-kurangnya biarlah filem ni ada banyak klon daripada filem-filem taik yang Malaysia pernah keluarkan! Sememangnya radikal dan gelap tema yang diangkat, tapi disampaikan dengan cara yang semua orang boleh relate. Comel je aku rasa! Aku rasa kau dan geng kau memang hebatlah, Nik Amir Mustapha. Memang pandai kau seimbangkan semangat indie dan arus perdana dalam filem ni. Nak-nak ni memang kali pertama kau mengarah feature film (sebelum ni kau direct filpen dan video muzik, kan?). Aku harap filem kau lepas ni walaupun tak sehebat KIL, sekurang-kurangnya ada feel yang segar jugaklah macam KIL. Tahniah! Kalau tak box-office pun tak apa; sekurang-kurangnya box-office di hati penonton daripada di mata pengedar dan penerbit. Ye dok?

P/S: Lepas ni macam manalah pulak filem adaptasi Pecah ek? Tak sabar!

No comments: