20130204

Sebuah reviu filem: 'Juvana'

Asal: Malaysia
Bahasa: Melayu
Pengarah: Faisal Ishak
Penerbit: Kabir Bhatia
Penulis: Alfie Palermo
Genre: Drama / aksi
Pelakon: Zahiril Adzim, Johan As'ari, Syazwan Zulkifli, Sharnaaz Basir Ahmad,
Syafie Naswip, Shera Aiyob
Rilis: 24 Januari 2013
Studio: Filmscape
Pengedar: Filmscape, Juita Viden

Siapa yang tengok TV3, tahulah kot pasal drama asalnya. Masa aku tengok episod pertama, aku nampak siri ni macam lain dari yang lain; di mana gambaran pembikin siri ni pasal kehidupan budak-budak yang kena masuk Sekolah Wira Bakti yakni sebuah sekolah juvana memang agak gelap, raw, gritty, dan penuh attitude kata orang putih. Tapi, sayang gila aku tak dapat nak tengok penuh siri dia sebab mak bapak aku suka tengok benda lain kat TV masa tu.

Bila aku tau pasal hasil kerja Filmscape ni nak difilemkan, aku rasa seronok. Sebab orang kata (orang tu kawan serumah aku yang jadi ekstra dalam filem ni) filem ni tak ada langsung kena mengena dengan siri TV dia. Hakikatnya... dia menipu aku. Cait!

Aku tak taulah macam mana siri dia berakhir kan, tapi jalan cerita dia kata rentetan peristiwa dalam filem ni berlaku lepas Sekolah Wira Bakti kena tutup. Siapa yang masih ada baki tempoh tahanan kena pindah sekolah juvana lain, dan siapa yang tempoh dia dah tamat boleh bersekolah macam biasa. Yang bebas si Daim (Zahiril Adzim) yang kena tuduh bunuh mak dia tu; yang masih kena tahan tu Botak (Johan Asari) dan geng satu sekolahnya yang dia tak berapa nak sebulu; Apek, Panjang, Ayam, Komeng, Kicap. Dah memang lumrah sekolah juvana, mesti ada geng yang tak reti nak insaf dan berlagak taiko kat sekolah baru budak-budak Wira Bakti ni; sekolah bernama Sekolah Indera Sakti yang di-'taiko'-i oleh Lan Todak (Sharnaaz Basir Ahmad) yang sememangnya ada beef peribadi dengan geng Wira Bakti ni. Si Daim pulak susah sangat nak diterima belajar balik dekat sekolah menengah biasa sebab latar belakang dia. Kesian brader ni. Lepas tu, apa lagi... Daim jumpa balik geng Wira Bakti dia lepas Kicap pecah botol, jumpa Botak, Apek and the gang, Lan Todak panas....faham-faham sendirilah!
 
Seperti yang aku cakap pasal gaya siri TV-nya, filemnya jugak lebih kurang serupa. Aku tak rasa ada filem yang melibatkan remaja buat hal kat Malaysia ni ada mood kelam macam ni, sebab memang dah tak ada cara yang lebih sesuai nak bagi orang insaf taknak buat jenayah juvana selain menunjukkan gelap dan ganasnya kehidupan depe ni. Walaupun ada banyak babak bajet samseng dan memang samseng dalam filem ni, cara bercakap antara watak dalam filem ni langsung tak nampak kekok (kecuali babak Daim dengan kawan perempuan dia tu... haha!). Filem ni jugak tak takut nak tempa kontroversi dengan meletakkan babak-babak yang mungkin berlaku dekat sekolah juvana betul-betul (tapi tak tahulah pasal gaduh kat dapur tu kan... ganas sangat weh!) dan dengan babak-babak tulah membuatkan depe yang sukakan berfikir masa menonton filem mempersoalkan sistem hukuman terhadap penjenayah juvana mahupun penjenayah am secara keseluruhannya. Cubaan untuk menerapkan nilai moral dan agama jugak taklah terlalu memaksa. Aku agak sebak jugak tengok babak si Botak tengok je al-Quran tu tapi tak reti nak baca. Hebat jugaklah babak tu!

Untuk menutup pendapat aku pasal filem ni, yang aku tak puas hati sebenar-benarnya, yang buat aku rasa tak berapa nak sempurna tonton filem ni ialah sebab aku langsung tak tengok siri TV-nya melainkan sikit je episod pertama dia. Sebab memang ada kena mengena! KAU TIPU AKU BRADER! AARGH! Tapi, secara keseluruhannya, Juvana memang satu filem remaja yang lain macam. Yang jadi lagi lain macam ialah bila tak ada pun label The Movie yang selalunya diletak oleh filem yang asalnya adalah drama bersiri. Harap adalah lagi pembikinan filem yang jujur macam filem ni dan jugak yang aku pernah tonton dan ulas dulu, Songlap.

Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...