20110221

Sebuah reviu teater: 'Mahkamah Lorong'

[CLICK HERE for the English version!]
 
Poster Mahkamah Lorong versi Law Fiesta 2011
UiTM  Merbok, Kedah.

Bahagian 1: Kakyung aku bertunang!

Ini berita yang agak gempaklah jugak! Sepupu aku yang paling tua dah pun selamat bertunang dua hari lepas. Gilalah hebat dia ni. Kalau orang lain selalunya dok kelam kabut nak selesaikan segala bagai persediaan nak bertunang, dia ni pulak boleh chill je. Tak silap aku dia baru tau dia nak bertunang minggu ni (sebab sebelum ni plan asal dia memang lain gila), minggu ni jugak semua benda dia dah settle. Alih-alih, bertunanglah dengan selamatnya diorang berdua. Tabik respek sama lu dua orang. Moga selamatlah korang sampailah ke jinjang pelamin, AMIN. Aku approve ni!

Bahagian 2: Reviu Mahkamah Lorong

Lepas tu... dalam Sabtu yang sama, malam pulak sampai. Aku ingat lagi masa nak solat Zohor, aku dengan sepupu-sepapat aku nak pergi surau naik pickup truck sorang pak cik ni. Memang cool gua cakap naik pickup truck, walaupun bontot dah macam kena BBQ sebab panas gila masa tu. Eh, jap... ini bukan pasal impian masa kecik aku tu dah tercapai yang aku nak cakap sebenarnya, tapi pasal pak cik tu punya identiti sebenar. Rupa-rupanya dia tu pengurus pentas untuk satu teater satira yang sangat mendalam mesej dia. Aku pun langsung tak sangka yang malam tu betul-betul kitorang nak tengok teater tu, sebab aku ada dengar sepupu aku cakap pasal teater tu macam tu-macam tu je, tapi alih-alih kitorang tengok betul-betul! Nama teater tu... Mahkamah Lorong arahan seseorang yang gunakan pseudonim Dr. Shark (yang rupa-rupanya antara kawan pak ngah aku) melalui kumpulan penggiat teaternya Tronoh Theater Shop / TTS, Universiti Teknologi PETRONAS / UTP.

Baru aku tau diorang dah buat persembahan ni untuk UiTM Kedah dulu sebelum ni. Tapi, dekat UTP sendiri, diorang buat dalam tiga hari; yang kitorang tengok semalam tu malam tayangan perdanalah kiranya. Tapi, sebelum Mahkamah Lorong betul-betul nak mula, ada dua persembahan pembukaan yang kitorang kena tengok. Dua-dua ni agak menarik jugak untuk ditonton.

Persembahan pembukaan I
Aku macam ingat-ingat lupa nama sketsa pendek tu, tapi kalau tak silap nama dia Kau Bawaklah.... Aku nak tunjukkan dekat sini pulak, tak boleh. Sebab audio dia macam gampang. Tapi, tak apalah. Aku boleh je tunjuk screenshots dia KALAU aku rajin. Cerita dia pasal dua orang mamat ni yang dipanggil oleh entah sesiapa untuk datang uji bakat satu game show ni yang terpedaya dengan satu situasi yang dah perangkap diri masing-masing ke kancah dosa, terima kasih dekat sorang mak cik yang dok dikutuk dihina memanjang.

Komen aku... sketsa ni sebenarnya nak sedarkan kita yang sebenarnya kita ni sentiasa diperhatikan oleh Tuan Pengarah Yang Dekat Atas Sana tu sebab kita ni semua pelakon-Nya. Tapi, macam mana-mana drama pun, kalau tak ada konflik pun susah jugak, kan? Flat jelah jalan cerita! Jadi, kita pun diturunkanlah macam-macam ujian dan godaan untuk kita tempuh. Siapa yang leka, jawablah sama Tuan Pengarah! Siapa yang teraniaya, kalau dia berusaha nak ubah cara hidup dia, mesti dia mampu nak teruskan hidup ni, kan? Tu dari segi mesej dia yang aku dapatlah. Kalau nak ikut persembahan tu, walaupun aku tak pernah pun berlakon teater, tapi adalah dua-tiga yang aku pernah tengok (baru empat je sebenarnya), bagi aku lakonan dia agak cliche, tapi mesej dia masih sampai. Walaupun kadang-kadang kena lontarkan suara kuat-kuat macam orang tak normal, lakonan diorang masih ada unsur realisme sikit. Secara keseluruhannya, sketsa ni boleh jadi tamparan sikit buat semua umat manusia dekat muka bumi ni.

Persembahan pembukaan II
Yang ini aku memang tak pernah tengok dekat mana-mana pun sebelum ni. Aku rasa TTS-lah antara pelopor terawal dalam pementasan mime penuh dekat Malaysia ni. Dekat Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM aku rasa mungkin ada belajar pasal benda ni sikit-sikit, tapi taktaulah kalau diorang ada praktikkan tak seni miming ni untuk orang ramai. Memang lawak tahap gaban. Premis dia senang je; pasal manusia yang hanya mementingkan rupa dan harta seseorang.

Aku tak boleh nak kata apa melainkan... persembahan ni memang unik. Aku rasa make-up gampang mime ni sebenarnya ada fungsi; aku pun baru tau yang miming ni seni mimik muka, jadi dengan make-up yang macam tulah orang senang nak nampak ekspresi muka diorang, ditambah lagi dengan body language yang berfungsi sebagai teman mimik muka untuk kuatkan lagi teknik penceritaan sesebuah persembahan mime. Ini mime show yang pertama aku tengok, dan apa aku boleh cakap... memang seronok pengalaman pertama aku ni.

Mahkamah Lorong
Benda nilah yang semua orang tunggu-tunggu! Mahkamah Lorong! Aku ada dengar sepupu aku cakap yang cerita ni cerita lawak. Tapi... macam mana cerita pasal mahkamah pun boleh jadi lawak? Hah, persoalan aku dah terjawab bila babak pengenalan bermula; rupa-rupanya cerita dia pasal binatang! Eh, maksud aku, orang yang pakai kostum binatang. Cerita dia secara dasarnya pasal kehidupan sekumpulan binatang yang terdiri daripada Kucing Kurap, Kucing Parsi, Gagak, Mak Ayam dan Lebai Kambing yang ada peranan masing-masing yang hidup dekat Jalan Sam Pah Tong sambil menjalankan sesi mahkamah mereka sendiri disebabkan oleh satu kejadian yang berlaku dekat sana. Masing-masing ni terlibatlah dalam macam-macam benda yang diluar tabii sampailah satu masa yang diorang semua ni terbunuh tak pasal-pasal. Akhir sekali, rupa-rupanya ada satu entiti berjubah hitam yang tengah main catur, dan semua binatang tu buahnya.

Komen aku... teater ni memang cukup kuat skrip dia; memang banyak ambik rujukan daripada isu-isu sosial dan semasa yang masih hangat orang dok bincangkan sampai sekarang; contohnya... macam satu babak yang Parsi dijumpai mati tu... yang perut dia terburai sebab kena BOM tu. Siapa tahu diorang rujuk cerita apa, aku belanja minum ais kosong! Pengarahan seni dia yang nampak agak kebudak-budakan sikit tu pun semacam bagi satu simbol dekat para penonton. Serius aku cakap, cerita dia memang makan dalam yang teramat sangat, dan sememangnya nak mengutuk sikap manusia yang masih tak sedar-sedar lagi tentang korupsi dan kekejaman yang tak sudah-sudah (manusia tu termasuk aku sendiri). Dr. Shark jugak telah menggunakan setiap binatang tu sebagai representasi kelas masyarakat tu sendiri; daripada yang orang tak kisah kepada yang orang dok cari-cari dan puji-puji, semuanya ada... dan dekat sini aku dapat rasakan representasi tu memang efektif. Aku mana reti sangat bagi ulasan ni, tapi aku nak kata lagi sikitlah... sedapkan gelak dekat diri sendiri? Ingat... apa yang kita tengok selama ni cermin tau, sebab alih-alih je kita akan buat benda yang sama orang lain buat; sebab manusia ni senang terpengaruh. Akhir sekali, tahniah dekat TTS dan Dr. Shark sebab buat jam loceng yang menarik ni; ramai jugak yang bangun aku tengok!

Mak aih...!

Aku rasa sampai sini jelah kot entri ni. Nak berjela aku taip ni... entah ada ke tak orang nak baca. Untuk menutup benda alah ni, aku rasa hari Sabtu tu memang sangat random, tapi memang terbaik.

4 comments:

Ayie a.k.a Nyei said...

sumpah otai ko review! hahha thanks dtg hehehe -kurap-

I.A. said...

wahaha! kucing kurap himself datang menjenguk!

haha, review kena otai do; kena setara dengan apa yang aku tengok. good show dudes. :)

Che Mad said...

wah a very good comment indeed and thank you for coming to see our show...by the way I'm the pick-up truck owner la...hahaha!

I.A. said...

oh, hello! kehkeh. thanks for the picking us up time Zohor tu.

itu antara impian saya masa kecik. :D